in

Masih Belum Pulang Dari Singapura, Rosmah Mansor Gagal Hadir Ke Mahkamah

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua hari lalu, anak perempuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memuat naik gambar kedua ibu bapanya pertama kali menimang cucu yang baru sahaja dilahirkan di Singapura.


Macam yang korang semua tahu, sebelum ini mahkamah telah memberikan kebenaran untuk Najib dan isterinya Rosmah Mansor untuk pergi ke Singapura bagi menemani anak perempuan mereka yang bakal bersalin.

Bagaimanapun, hari ini Rosmah gagal untuk hadir ke prosiding rayuan di Mahkamah Rayuan walaupun sebelum ini Mahkamah Tinggi meminta agar isteri bekas perdana menteri ini untuk pulang ke Malaysia pada atau sebelum 21 November 2021.

Namun begitu, Mahkamah Rayuan telah menggunakan budi bicaranya dengan tidak mengeluarkan waran tangkap terhadap Rosmah dan memerintahkan agar wanita ini hadir di mahkamah Isnin hadapan bagi prosiding rayuan tersebut, lapor Berita Harian.

Menurut panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hanipah Farikullah, panel sebulat suara membuat keputusan ini kerana Rosmah sebelum ini tidak pernah gagal hadir dalam prosiding mahkamah.

Selain itu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan pula menetapkan syarat supaya Rosmah kembalikan pasportnya pada atau sebelum 6 Disember 2021 kepada mahkamah.

 

Baca: Kumpulan Puteh Jumpa ‘Bossku’ Mohon Maaf, Lepas Buat Lawak Parodi Najib & Rosmah di MLM2021

Screenshot 2021 12 02 At 11.55.13 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.