in

“Masih ada yang sebaik kamu…” – [VIDEO] Netizen Sebak Tengok Pemuda Ini Ikhlas Tolong Jaga, Mandikan Ayah Sudah Uzur

Comelnya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah tahun 2020 ini, ada eloknya kalau kita kongsi benda-benda yang boleh memberi inspirasi kepada orang lain. Tak kisah dari segi apa pun tapi yang penting kita gunakan media sosial sebaiknya dengan berkongsi kebaikan.


Macam apa yang dilakukan seorang lelaki dari Indonesia ini, di mana video dimuat naik di TikTok mendapat perhatian dan menimbulkan rasa terharu netizen. Video itu telah dimuat naik semula di Facebook dan mendapat lebih 9,000 shares serta lebih 400 komen positif daripada netizen.

Melalui video itu, dia dilihat menjaga seorang warga emas dipercayai bapanya yang sudah uzur. Pemuda yang menggunakan nama Kang Gojol di TikTok itu juga menunjukkan bagaimana dia pastikan bapanya bersih dengan mengelap bahagian tangan, mata dan seluruh muka selain menggunting serta mencukurkan janggut.

Selepas itu, dia turut tidak melupakan tanggungjawabnya untuk berbakti dengan memandikan bapanya di dalam tandas. Ramai netizen rasa sebak melihat video itu kerana jelas kelihatan pemuda berkenaan ikhlas menjaga bapanya.

Melihat bagaimana lemah lembut dia memandikan dan mengelap bapanya selepas itu terbukti bahawa pemuda ini memang enjoy menjaga orang tuanya itu. Tonton bagaimana pemuda ini menjaga bapanya dengan penuh kasih sayang:

Ramai netizen memberikan komen serta turut mendoakan Kang Gojol diberikan kesihatan yang baik supaya dapat menjalankan tanggungjawab untuk berbakti kepada bapanya. Mereka akui turut  berasa gembira melihat bapanya mempunyai seorang anak yang baik seperti ini.

Komen Fb

 

Baca: “Orang pompuan maybe fizikal lemah tapi spirit kalah orang jantan” -Anak Cancer Survivor, Ibu Tak Dapat Jalan Tapi Masih Mampu Uruskan Keluarga

Gadis

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.