“Manalah orang tak depress” – Krystal f(x) Dikecam Sebab Tak ‘Update’ Tentang Kematian Sulli, Padahal…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kematian Sulli pada 14 Oktober lepas mengejutkan peminat K-pop serta rakan-rakan artis. Ramai yang meluahkan rasa sedih atas kehilangan bintang ini di media sosial.

Namun salah seorang dari ahli f(x) Krystal, langsung tak update atau cakap apa-apa mengenai Sulli. Tindakannya ini menyebabkan peminat-peminat mula mengecam dengan memberikan hate comments pada artis ini bertanya kenapa dia mendiamkan diri.

Menurut allkpop, ekoran dari kecaman yang Krystal terima, satu sumber dalam telah memberikan komen mengatakan keluarga dan rakan-rakan Sulli sedang berkabung di memorial altar penyanyi tersebut selama tiga hari.

Sumber: allkpop

Bukan tu je, sejak Krystal mendengar khabar tentang kematian rakannya ini, dia terlalu sibuk membantu keluarga Sulli menguruskan proses pengebumian sampaikan tak ada masa dia nak update status sedih-sedih.

Lepas dia dengar berita pasal Sulli, Krystal terlalu sedih hingga dia berdiri di dewan pengebumian selama tiga hari. Dia ada di sana sepanjang proses pengebumian dan komen-komen yang diberikan netizen sangat kasar.”

Melihat tindakan beberapa netizen yang melulu mengecam Krystal telah menimbulkan rasa geram peminat-peminat yang lain. Mana taknya, cakap suruh berhenti buli orang tapi silap sikit je dah nak kecam.

Macam-macamlah netizen ni, suka nak judge orang. Tak semua benda kena update.

 

Baca: “Selamatkan Taeyeon” – Peminat Risau Taeyeon Pulak Akan Ikut Jejak Kawan Baiknya Jonghyun & Sulli

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson