in

“Mana daddy?” – Anak Hawari Mula Bertanya, Luah Rasa Rindu Melalui Lukisan

ft anak lukis rindu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lalu, kita digemparkan dengan berita mengenai peserta Malaysia Everest 2023 (ME2023) yang dilaporkan hilang di pergunungan Everest sejak Jumaat lepas.

Susulan itu, anak Hawari, Hana Sakeena Muhammad Hawari telah mula bertanya tentang keberadaan bapanya dengan menggunakan bahasa isyarat telah menunjukkan bahawa anak kecil itu mula merindui bapanya.


Menurut isteri Hawari, Saffiyah Tang, 34, setiap malam dua anaknya akan bertanya kepadanya tentang keberadaan bapa mereka sehingga Hana pilih untuk meluahkannya dalam bentuk lukisan.

81685261548 TBTragediEverest

“Dua anak saya (Hana dan Haris) setiap malam tanya mana Daddy mereka dan yang paling kerap adalah Hana yang rindunya sampai dia lukis gambar kami sekeluarga di satu kawasan pergunungan yang dia seakan-akan tahu bapanya ada dekat situ,” katanya.

Tambah Saffiyah, dia sekeluarga berharap tempoh misi pencarian dan menyelamat (SAR) suaminya dapat dilanjutkan sehingga Muhammad Hawari ditemui dan pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.

“Kali terakhir dia menghubungi saya pada 15 Mei lalu memaklumkan bahawa dia akan mulakan pendakian selepas itu tidak lagi yang mana saya hanya tahu berita dia berjaya menawan Everest melalui FB ME2023,” jelasnya.

Screenshot 2 11 2

Dalam pada itu, ibu kepada Hawari berkata, sehingga kini dia masih tidak mendapat petunjuk berhubung keberadaan anak lelakinya itu.

Kelab Eksplorasi Altitude Malaysia melalui Kedutaan Malaysia di Nepal akan membuat permohonan permit khas untuk melanjutkan tempoh pencarian Muhammad Hawari yang hilang di pergunungan Everest sejak Jumaat lalu.

Muhammad Hawari berjaya menawan Everest pada Khamis sebelum dilaporkan hilang pada keesokan harinya.

oku everest 1 e1685181551956

Harap misi pencarian berjalan dengan lancar…

Sumber : Harian Metro

Baca : Ada Lebih 200 Mayat Bergelimpangan, Ini Apa Korang Perlu Tahu Tentang Gunung Everest

collage 29 728x383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.