in

“Mamat tu dah biru”- Gara-gara Tak Puas Hati Lepas Kemalangan, Lelaki Ini Dibelasah Sampai Mati

12342Dcd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Road-rage adalah perkara yang tak elok untuk dilakukan oleh sesiapa pun. Baik yang bawak motor, kereta, lori, bas atau apa jenis kenderaan pun. Ada road-rage yang setakat cucuk belakang, jeling pemandu lain, atau tunjuk isyarat lucah.


Tu semua kalau tak mendatangkan kecederaan kepada mana-mana pihak pun boleh dikatakan road-rage. Tapi kalau sampai belasah pemandu lain sampai mati tu dah level lain. Dia ingat ni game GTA V ke nak belasah driver lain?

Ada satu kejadian sebelum kita menyambut Hari Raya Aidil Adha yang meragut nyawa seorang pemandu. Semuanya akibat road-rage. Cuba korang tengok video dekat bawah ni.

https://twitter.com/fizieyung/status/1160190940847300608?s=21

Benda boleh bincang kot

Itulah rayuan adik ipar kepada mangsa yang maut dibelasah di tempat kejadian. Admin hilang kata-kata lepas tengok video dan baca tweet adik ipar mangsa. Geram ada, sedih ada, kesian pun ada. Tak tahu lah, mixed feelings. 

Screen Shot 2019 08 11 At 12.04.53 PmAllahu, ada anak kecik lagi, baru berapa bulan je tu. Kesian nanti membesar tanpa seorang bapa. Marilah kita doakan yang terbaik untuk keluarga mangsa dan kita serahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk siasatan dan tindakan lanjut. 

Pengakuan Saksi

Screen Shot 2019 08 11 At 12.09.44 PmAmarah sampai membunuh. Sampai keluarkan kayu baseball belasah orang sampai biru pastu lanyak dengan kereta pulak tu. Astaghfirullahazim. Kalau marah sangat pun rasanya tak perlu buat sampai macam tu. Kesian dekat anak bini. Dan orang yang buat tu, tak pasal kena charge bawah Akta 302 kerana membunuh. Sia-sia hidup sebab marah yang sekejap.

Reaksi Netizen

Screen Shot 2019 08 11 At 12.11.29 PmAdmin pun nampak macam tu gak. Tapi rasanya lebih elok jangan kita tuding jari sesuka hati. Kita serahkan kepada pihak berkuasa. Kalau ada saksi yang nampak kejadian tu, minta tampil untuk bantu siasatan. 

Screen Shot 2019 08 11 At 12.14.39 PmItu lah, orang buat isyarat tangan, kau rilek je boleh tak? Bukan buat kau cedera fizikal pun. Yang kau belasah orang sampai mati tu kenapa? Aduh

 

Baca: Frust Tak Dapat Pelanggan, Pelacur Belasah Anak 1  Tahun Sampai Mati

Screen Shot 2019 08 11 At 12.34.40 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.