in

“Malu rasa sampai sini” – Niat Nak Surprisekan Kawan Masuk Wad, Sekali Salah Katil

Ft Wanita Salah Wad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai sahabat, adalah peranan kita untuk berada di sisi rakan kita jika dia jatuh sakit kerana kita adalah salah satu penyeri hidup yang ada bersama selain daripada keluarga.

Malah, kita mesti akan rasa seronok bila dapat jumpa dengan sahabat kita tu dan pastinya dia pun akan jauh lebih seronok kalau dapat jumpa kita, lebih-lebih lagi kalau masa tengah sakit di hospital.


Mungkin disebabkan terlalu excited nak jumpa kawan, wanita ini merancang untuk memberikan kejutan buat sahabatnya yang kini sedang berada dalam wad, kelakuannya itu dirakam dan dikongsikan di media sosial dan menjadi tumpuan netizen.

 

Malu sampai ke sini – Netizen

Apa yang membuatkan video ini jadi tular adalah kelakuan wanita ini yang akhirnya memalukan diri sendiri. Dalam video tersebut, saat wanita itu masuk ke dalam wad, dia mendapati bahawa sahabatnya tiada di katil, jadi dia terasa nak bagi kejutan.

Dia baring ke atas katil dan bermain dengan butang laras yang ada di katil tersebut, sambil makan dan layan movie dalam masa yang agak lama sampailah dia sedar ada orang masuk.

Setelah lama menunggu, dia terperanjat rupanya tempat yang dia selamba baring itu bukanlah katil milik kawannya, rupanya kawan dia ada di katil sebelah dan tak pernah berganjak pun. Malu dengan tindakannya, dia memohon maaf kepada pemilik katil tersebut.

Dalam masa sehari, video yang dikongsikan oleh Sabrina Razali ini telah meraih 660K jumlah tontonan di TikTok dan lebih daripada 4,600 jumlah perkongsian di Twitter dalam masa 19 jam. Ramai netizen terhibur melihat gelagat wanita ini yang tersalah ‘surprise’.

Screenshot 2023 08 10 123447 Screenshot 2023 08 10 123622

Kak saya pun jadi malu kak, kalau kena kat min memang min tak boleh nak tengok muka pesakit tu.

Baca : Paru-paru Bocor Sebab Jerit Ketika Konsert, Remaja China Dikejarkan Ke Hospital

3Lelaki 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.