in

“Mereka pun nak belajar” – [VIDEO] Ramai Suami ‘Join’ Kelas Penyusuan Anak Raih Perhatian Netizen

Cats 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hidup perkahwinan sudah pasti memerlukan ilmu pengetahuan yang tinggi dalam pengurusan rumah tangga. Ini termasuklah hal-hal mengenai anak yang sewajarnya dipelajari oleh golongan yang bergelar ibu bapa ni.

Namun, apa yang menariknya, ada sesetengah perkara berkenaan hal ibu dan anak juga dipelajari oleh para suami.


Seperti di bawah ni, seorang kaunselor bertauliah, Nad Masrom yang merupakan pakar dalam bidang penyusuan anak berkongsi sebuah video yang meraih perhatian netizen mengenai golongan suami yang menyertai kelas penyusuan anjurannya.

Artikel berkaitan: “Tiada pilihan lain” – Penduduk Terpaksa Bancuh Susu Anak Dengan Air Banjir

Artikel berkaitan: “Tengok sampai habis” – Bancuh Susu Anak Sambil Memandu, Skill Bapa Ini Buat Ramai Kagum, Tapi Rupanya…

Dipercayai, kelas tersebut telah dihadiri oleh ramai suami bersama isteri dorang. Menurut kaunselor tersebut, para suami dah mula sedar tentang kepentingan dorang belajar tentang perkara itu sebagai sokongan terhadap isteri dorang.

Tambahnya lagi, sebab isteri tak mampu menyusu anak bukanlah kerana susu tak ada namun, disebabkan kurangnya sokongan dari para suami.

“Sebenarnya, sebab ibu tak boleh menyusu adalah kerana mereka tak yakin, tertekan, kurang ilmu dan penat belajar sendiri mengenai hal penyusuan anak.”

Katanya lagi, isteri boleh jadi sedih bila tak dibantu dalam penyusuan anak. Disebabkan itulah, para suami mula hadir ke kelas penyusuan kerana tahu akan tanggungjawab mereka sebagai seorang bapa.

Apa yang membanggakan, dorang buang perasaan malu demi menimba ilmu pengetahuan dalam kelas tersebut supaya dapat bantu isteri dorang dalam penyusuan anak.

“Mereka akan volunteer untuk belajar cara menyusu, cara pegang dan tenangkan bayi.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan tindakan para suami tersebut yang berani belajar hal penyusuan ibu dalam kelas tersebut.

Cats 20

Moga benda-benda baik macam ni akan banyak diadakan dan dihadiri ramai lagi! 

Sumber: X

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.