in

“Malu dapat bapak camni” – Lelaki Dikecam Netizen Gara-gara Tinggalkan Komen Lucah Buat Heliza Helmi

Collage 40

Membuat komen-komen berunsur lucah di media sosial zaman sekarang ni dah macam perkara biasa pula bagi sesetengah individu. Lagi-lagi di media sosial selebriti.

Malah bila ada yang menegur, ada pula suara-suara sumbang yang menghalalkan komen-komen seperti ini dengan memberikan alasan menyalahkan pemakaian seseorang.

Tapi orang bertudung litup juga turut menerima komen tak senonoh, apa alasan nak bagi?

Perkara ini turut berlaku ke atas aktivis kemanusiaan yang sering memperjuangkan agama, Heliza Helmi bila seorang netizen bertindak meninggalkan komen lucah pada salah satu artikel yang dimuat naik di Facebook.

“Belum kena 7inci lagi…”

Nama Heliza baru-baru ini menjadi perbualan hangat netizen yang rata-ratanya berang bila artikel mengatakan yang dia wajar menjadi ikon belia Islam kerana tak kemaruk soal cinta dan jodoh telah dijadikan bahan lucah seorang netizen.

Screenshot 2021 05 25 At 1.35.44 Pm

“Tolong kutip balik orang tua sangap ni”

Ekoran komen yang diberikan oleh lelaki ini, ramai netizen telah meluahkan rasa bengang dan jijik dengan tindakannya itu. Lebih-lebih lagi Heliza bukanlah selebriti yang mengenakan pakaian seksi dan sentiasa berpakaian sopan dan menutup aurat dengan sempurna.

Screenshot 2021 05 25 At 1.39.48 Pm

Screenshot 2021 05 25 At 1.42.17 Pm

Tak cukup dengan itu, Facebook peribadi pelaku ini turut diserang netizen sejak komen lucahnya itu tular di media sosial.

Screenshot 2021 05 25 At 1.48.04 Pm Down 2

Dengan penggunaan media sosial yang meluas sekarang ni, kita patutnya bertanggungjawab sikit dekat diri sendiri. Bila nak bercakap tu kenalah jaga bahasa dan adab kalau tak diri sendiri yang malu.

 

Baca: “Dalam masjid pun nak bernafsu ke?” – Viral Video Lelaki Buat Aksi Lucah Pada Kanak-Kanak Tengah Solat

Screenshot 2021 05 25 At 2.10.25 Pm