in

Makanan Tahun Baru Cina Yee Sang Rupanya Ada Kaitan Dengan Anthony Loke?

Anthony Loke Yee Sang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehangatan perayaan Tahun Baru Cina kian dirasai, kaum Cina seluruh Malaysia bakal menyambut perayaan tersebut pada hujung minggu ini.


Bercakap mengenai Tahun Baru Cina pasti kita ingat dengan antara sajian utama dan ikonik pada perayaan tersebut ialah yee sang.

Yee sang ialah sejenis hidangan yang terdiri daripada kepingan ikan mentah (kadangkala salmon), dicampur dengan sayur-sayuran yang dicincang halus serta dicampur dengan pelbagai sos, hidangan ini simbolik kekayaan dan kemakmuran.

Namun, tahukah anda bahawa hidangan isitmewa ini berkait rapat dengan keluarga Menteri Pengangkutan, Anthony Loke?

Beberapa tahun lalu, Menteri Pengangkutan itu pernah berkongsi mengenai kisah keluarganya dan hidangan yee sang.

For those who are interested to know about the origins of the "lou sang" culture, check this out in Yahoo news today!"…

Posted by Anthony Loke Siew Fook on Saturday, February 21, 2015

“Loke Ching Kee (datuk ahli parlimen Seremban Anthony Loke) telah pun menghidangkan sepiring yee sang kepada penduduk Seremban semasa Tahun Baru Cina pada tahun 1940-an.

Seluruh jalan di hadapan kedainya akan dipenuhi dengan meja dan penduduk tempatan akan mengadakan pesta lou yee sang gergasi.

Cucu perempuan Loke masih ingat bahawa dia telah mencipta lebih daripada 30 resipi yee sang pada zamannya!” tulis petikan berita itu.

Sejak 1920-an! 

Menurut sumber, Ching Fatt datang ke Tanah Melayu dan menetap di Seremban pada tahun 1920-an. Pada asalnya beliau menamakan hidangan tersebut Sup Kum Yee Sang (十感鱼生, atau “Ten Senses Yee Sang”) kerana hidangan itu berwarna-warni dengan pelbagai aroma dan perisa.

Disebabkan terlalu ramai pelanggan yang menyukai hidangan itu, tidak lama kemudian ia menjadi terkenal dan menjadi bualan ramai, dari situlah bermulanya tradisi yee sang.

Menjelang tahun 60-an, banyak restoran Cina di seluruh negara juga mula menyajikan hidangan tersebut dan meneruskan legasi masakan tersebut seterusnya terpahat dalam tradisi masyarakat Cina.

Pernah kena ‘claim’ dengan Singapura? 

Selama bertahun-tahun, asal usul yee sang sentiasa dipertikaikan terutama sekali oleh rakyat Singapura.

Pada tahun 2012, seorang food lover daripada Singapura K.F. Seetoh berkongsi catatan Facebook yang menyenaraikan enam perkara di Singapura yang harus disenaraikan dalam senarai UNESCO dan salah satu daripadanya ialah Yee Sang Tahun Baru Cina.

Sudah pastinya kenyataan itu mendapat perhatian yang besar sehingga ke Malaysia, rakyat Cina di sini kekal dengan pendirian bahawa yee sang berasal dari Seremban manakala rakyat Singapura menegaskan bahawa hidangan itu dicipta pada 1960-an oleh ‘4 Raja Syurga, iaitu sekumpulan chef terkenal di Singapura.

Chefshooikokwai Thamyuikai Sinleong Lauyokepui Dragonphoenixrestaurant

Pertelingkahan itu sangat sengit sehinggakan ia termasuk dalam senarai agensi berita antarabangsa CNN iaitu ‘7 daripada perselisihan makanan paling sengit di dunia’.

Namun, sukar untuk ditentukan asal usul hidangan istimewa ini kerana ia berasal dari resipi Kantonis yang kemudiannya digilap oleh kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

Pun begitu, tidak kiralah anda berasal daripada mana pun nikmat makanan serta budaya harus dipelihara dan dikongsi bersama-sama.

Selamat Tahun Baru Cina guys! 

Sumber: CNN

Baca: ‘Sticker’ Cukai Jalan Senang Terkoyak, Anthony Loke Akan Buat Perubahan Dalam Tahun Ini

Sticker Road Tax

Sumber: soscili

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.