“Mak tak payah susah hati” – Surat Calon PT3 Sebelum Terjun Tingkat 11

Tambah ke Sumber Pilihan
“Mak tak payah susah hati” – Surat Calon PT3 Sebelum Terjun Tingkat 11

Di saat pelajar Tingkatan 3 lain berjuang untuk menjawab soalan peperiksaan PT3, pelajar ini memilih untuk menamatkan riwayatnya kerana stress yang keterlaluan.

Menurut WORLD OF BUZZ, pelajar berusia 15 tahun ni bunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 sebuah apartment di Lebuh Sungai Pinang di Georgetown, Pulau Pinang semalam (1 Oktober). 


4E1E
Sumber: Facebook

Buka tingkap dan terjun ke bawah

Laporan juga memaklumkan yang mangsa, Cheah Xin Hui telah membuka pintu tingkap biliknya sebelum terjatuh ke bawah. Mayatnya kemudian telah ditemui oleh seorang tukang cuci dekat swimming pool pada jam sekitar 8.45 pagi.

20181002Fb40A02 Noresize
Sumber: WOB
Screen Shot 2018 10 01 At 1.18.10 Pm
Sumber: WOB

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang juga telah sahkan bahawa kes ini memang kes bunuh diri dengan menambah pelajar tersebut alami kecederaan yang serius di bahagian kepala dan dada.

Tinggalkan surat kepada keluarga, kawan dan rakan kelas

Lebih menyedihkan, sebelum meninggal dunia gadis tu ada meninggalkan empat pucuk surat kepada keluarga, kawan dan rakan sekelasnya.

“Dalam surat yang ditulis mangsa, dia meminta keluarga dan rakan-rakan untuk jangan mencarinya lagi. Dia juga berkata yang dia sangat kecewa dengan keluarganya dan dunia ini. Kami percaya masalah keluarga jadi penyebab kepada kematian gadis ini,” kata Che Zaimani.

Dalam suratnya kepada ibu, Cheah memohon maaf kerana dia terpaksa tinggalkan wanita itu dalam keadaan patah hati dan marah. Dia juga meminta ibunya supaya jangan rasa bersalah atas apa yang berlaku kerana ia salahnya sendiri.

6Fee
Sumber: Blog

Selepas saya ‘pergi’, mak sembang dengan dia untuk bercerai sebab saya tidak ingin tengok mak menangis kerana dia.” 

Cheah merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Mayatnya telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk post-mortem.

Jikalau korang rasa sedih dan tak tau nak kongsi masalah dengan sesiapa, call je Befrienders KL di talian 03-79568144 atau 03-79568145. Jangan pendam sorang diri tau! Semoga keluarga mangsa tabah hadapi dugaan ni. 

Baca: Bapa Tinggal Nota, Suruh Anak Kutip Mayat Lepas Bunuh Diri di Publika

Pub

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Mak tak payah susah hati” – Surat Calon PT3 Sebelum Terjun Tingkat 11
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/mak-tak-payah-susah-hati-surat-calon-pt3-sebelum-terjun-tingkat-11/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM