in

“Mak dia tu pelacur, bagi makan anak dia duit macam tu, halal ke cikgu?”

Pelacur Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas pasangan lesbian dirotan depan orang ramai baru-baru ni, semalam kecoh pula kes di mana seorang ibu tunggal berkemungkinan dikenakan hukuman yang sama.


Menurut Astro Awani, tertuduh berusia 30 tahun tu bakal berdepan hukuman sebatan syariah di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada Ahad selepas mengaku bersalah atas kesalahan melakukan persediaan melacurkan diri.

Ibu kepada seorang anak tu berbuat demikian di dalam sebuah hotel di bandar Kuala Terengganu dan ditahan dengan seorang pelanggan pada 17 September antara 11.20 hingga 11.45 malam.

Ibu Tunggal
sumber: astro awani

Seorang peguam, Ainie Haziqah terpanggil untuk menceritakan pengalaman yang pernah dia lalui berkaitan dunia pelacuran memandangkan berita ibu tunggal ini hangat diperkatakan.

Semuanya berlaku 4 tahun lalu, sewaktu dia aktif dalam satu projek diberi nama, Chow Kit Kids Project.

Emak tak bagi anak join kelas 

Ainie 1

Anak Pelacur
gambar hiasan

 

“Cikgu, jangan makan hati…”

Ainie 2

 

Terpaksa melacurkan diri, suami dalam penjara….

Ainie 3

 

Masyarakat selalu ‘judge’… Asal melacur je, JAHAT, NERAKA.

Ainie 4

 

Masyarakat terbiasa menghukum manusia begini

Ainie 7

Kalau ikutkan perkongsian tu, Ainie sebenarnya nak sampaikan mesej yang masyarakat ada satu stigma di mana seorang pelacur itu selalu dianggap jahat dan ahli neraka. Tanpa kita semua berfikir untuk bertanya atau ambil tahu mengapa sampai boleh jadi macam tu.

Tapi, ramai pula yang salah anggap dan tuduh Ainie ni sebenarnya nak ‘menghalalkan pelacuran’. Ni lagi satu perangai orang kita…Cuba baca dan faham betul-betul mesej nak disampaikan….

Judge Compile
sumber: twitter

Awak ingat jika diberi pilihan, mereka nak jadi pelacur? 

Itu kata-kata daripada Ainie yang mungkin boleh kita renungkan. Kita takkan pernah tahu dan faham sejauh mana seseorang dalam keadaan terdesak hingga terpaksa buat keputusan macam tu. Jadi, daripada kita terus menghukum, sekurang-kurangnya cuba turun padang join aktiviti macam Ainie buat tu, dengar sendiri kisah dorang face to face.

Baca: Ramai Wanita Kelantan Lacurkan Diri Pada Pekerja Asing Demi Duit Lebih

Adik Manis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.