in

“Mak bapak pun biar je” – Tangan Remaja Lumpuh Lepas Main Game 22 Jam Setiap Hari Selama Sebulan

Collage 16

Sepanjang sekolah tutup ni, ramai budak-budak sekolah menghabiskan masa dorang dengan bermain video games di rumah. Lebih-lebih lagi masa awal PKP dulu tak boleh nak keluar, so tu je lah tempat untuk hilangkan bosan.

Tapi, bak kata orang dulu, buat suatu benda tu biarlah berpada-pada, kalau tak nak benda sama yang berlaku pada remaja ni terkena dekat kita pulak.

Menurut Daily Mail, seorang remaja dari China, Xiaobin tak berjaya nak gerakkan tangan kirinya lepas main permainan komputer hampir tanpa henti selama sebulan.

Ibu Xiaobin mengatakan, anaknya telah bermain permainan video selama 22 jam setiap hari sepanjang dia duduk di rumah kerana lockdown dan telah dikejarkan ke hospital lepas remaja ini ditemui tak sedarkan diri.

Screenshot 2020 07 13 At 2.18.50 Pm

Tambah ibu Xiaobin lagi, anaknya menghabiskan masa di bilik sepanjang sekolah ditutup dan bila ditanya buat apa dalam bilik lama-lama, Xiaobin beri alasan yang dia sedang mengambil kelas online.

Dia tutup tingkap dan kunci pintu. Kami tak tahu apa yang dia buat dalam tu.”

Ibu bapa Xiabon hanya dapat tahu tentang aktiviti anaknya lepas melihat perbualan remaja ini dengan kawan-kawannya memberitahu yang dia tak cukup rehat kerana hanya tidur selama dua jam sehari.

Lepas dikejarkan ke hospital dan melakukan imbasan CT, Xiaobin didiagnos mengalami strok serebrum dan hilang deria rasa pada tangan kirinya.

30582200 8506915 Image A 36 1594311447460

Menurut doktor yang merawat remaja ini, keadaan ini berlaku kerana kehidupan yang tak sihat bermain video games dan sering berjaga malam.

Punca utama sebab dia tak dapat tidur yang cukup dan corak makan yang tak teratur kerana tak pergi ke sekolah. Ibu bapanya pun terlalu bertolak ansur dengan kelakuannya.”

Kalau korang nak tahu, kejadian ni berlaku pada Mac lepas dan sehingga kini, Xiaobin masih menjalani rawatan di hospital dan doktor mengatakan susah untuk tentukan bila remaja ni akan sembuh sepenuhnya.

 

Baca: “Selalu work out, kami masih muda dan buat check-up selalu” – Fitness Trainer Tiba-Tiba Diserang Stroke Sebab…

Screenshot 2020 07 13 At 2.22.20 Pm

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail