in

“Selalu work out, kami masih muda dan buat check-up selalu” – Fitness Trainer Tiba-Tiba Diserang Stroke Sebab…

37Yo Fitness Instructor Suddenly Gets Stroke Doctor Says It May Have Been Caused By Not Getting Enough Sleep World Of Buzz 4

Rasa lifestyle korang dah sihat? Fikir balik sebab ahli bina badan yang juga sebagai fitness coach ni sendiri diserang strok pada usia muda seawal 37 tahun.

Fitness Coach terkenal dari Taiwan yang dikenali sebagai “Muscle Dad” atau JZ Fitness  dengan isterinya JZ Mum ni nampak sihat , jauh lebih sihat daripada kita semua.

 

Pengsan tiba-tiba kena serang strok

37Yo Fitness Instructor Suddenly Gets Stroke Doctor Says It May Have Been Caused By Not Getting Enough Sleep World Of Buzz

Tak sangka perkara ini boleh terjadi lepas JZ Mum menceritakan detik cemas melalui Facebook dia pada 13 September lepas.

Menerusi olahan daripada WORLD OF BUZZ, pada minggu lepas bila suaminya itu nak tidur sekejap lepas hantar anak mereka kesekolah, dia mendapati suaminya terpengsan di atas lantai diserang strok.

“Nasib baiklah saya tak keluar rumah lagi masa tu dan terasa nak masuk bilik. Saya terus bergegas ke hospital. Saya sangat kelam kabut pada hari tersebut sebab kena buat banyak hal di hospital untuk jaga dia.”

Doktor kata terdapat embolisme otak tetapi kerana dia dihantar ke hospital dalam masa tiga jam, dia mempunyai lebih banyak pilihan rawatan. “

Tambah JZ Mum lagi, dia memang tak sangka kejadian ini berlaku secara tiba-tiba sebab tak ada apa-apa petanda kepada suaminya sebelum ini, malah siap bercuti lagi.

37Yo Fitness Instructor Suddenly Gets Stroke Doctor Says It May Have Been Caused By Not Getting Enough Sleep World Of Buzz 2

Lepas seminggu suaminya terlantar di hospital, JZ Fitness masih berada dalam keadaan koma. Melihat keadaan suaminya yang fit, tegap dan jenis ‘orang jaga badan’, jadi JZ Mum pun jadi pelik kenapa suaminya boleh kena serangan strok.

Doktor menjelaskan ada beberapa sebab yang munasabah, ia mungkin disebabkan faktor keturunan keluarga belah ibunya yang ada masalah hypercoagulation (saluran darah tersumbat). Ibunya terpaksa makan ubat daripada doktor untuk mengawal masalah ni.

Malah ada lagi dua ahli saudaranya yang menghidapi strok sebelum ini dan salah satunya umur dia baru 20 an.

 

Mati-mati ingatkan kami ni dah cukup sihat, kami selalu work out, kami masih muda dan selalu buat pemeriksaan kesihatan setiap tahun. Cuma, dia selalu tidur dalam pukul 3 pagi dan bangun balik bergegas ke tempat kerja jam 6 pagi”

37Yo Fitness Instructor Suffers Fr World Of Buzz

Tambahan lagi, pada siang hari dia akan tidur sekejap. Tapi, dia biasanya akan tidur kurang dari 6 jam sehari.

Kurang tidur, overwork dan faktor keturunan yang menyebabkan dia mudah diserang strok. Bagaimanapun, suaminya kini dah sedar daripada koma dan kinis edang menjalani rawatan susulan dan pemulihan.

Tapi dengan keadaan dia yang fit progress rawatan memberikan respon dengan pantas.

Sejak daripada kejadian itu, mereka sekeluarga tidur pada pukul 10 pm dan bangun awal pagi. Kini mereka sekeluarga sedang mengamalkan gaya hidup lebih sihat.

Ingat badan fit, sado, tak semestinya buatkan diri kita cukup sihat. Jaga makan, jaga waktu tidur itu pun penting! Tapi jangan lah sampai tak exercise terus!

 

Baca : Fitness Coach Jelaskan Kenapa Orang Overweight Patut Elakkan Diri Daripada Hiking

Hiking