in

MAIS Larang Guna Khidmat Imam Luar Negara Untuk Solat Tarawih

Solat Tarawih Imam Luar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi, sudah pastinya antara perkara yang ditunggu-tunggu ialah solat sunat Tarawih.


Terbaru, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menetapkan pentadbir masjid, surau dan musolla di Selangor perlu menggunakan khidmat imam lantikan MAIS bagi mengimamkan solat tarawih sepanjang Ramadan ini.

Menurut Astro AWANI, Exco Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, selain imam lantikan MAIS, imam yang dilantik kariah masjid berkenaan turut dibenarkan.

Solat 2 681X453 1
Gambar hiasan

Ia termasuklah larangan khidmat imam luar negara melainkan telah mendapat kebenaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Solat tarawih hendaklah dilaksanakan sebanyak 20 rakaat dengan membaca surah atau ayat-ayat pendek.

Pelaksanaan tazkirah hendaklah dilaksanakan selepas selesai solat sunat tarawih oleh penceramah bertauliah dan tempohnya tidak melebihi 20 minit,” katanya.

Selain itu, pelaksanaan solat fardu, solat Jumaat dan apa-apa program melibatkan masjid dan surau dibenarkan dengan syarat mengikut kapasiti penuh seperti yang ditetapkan.

Tambah beliau, berikutan peralihan fasa endemik Covid-19 yang sedang dilalui ketika ini, orang awam juga dinasihatkan untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga

“Pihak pentadbir masjid, surau dan musolla serta jemaah digalakkan untuk memakai pelitup muka. Individu yang mempunyai gejala atau kurang sihat tidak digalakkan hadir ke masjid dan surau,” katanya lagi.

Sebagai info, jangkaan tarikh mula puasa Ramadan pada tahun ini ialah pada 23 Mac 2023 (Khamis).

Baca: Sultan Johor Titah Pecat AJK Masjid & Surau Jika Benarkan Penceramah Tiada Tauliah Beri Ceramah

Sultan Johor Ceramah Agama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.