“Main buka je” – Penunggang Motosikal Tergolek Lepas Terlanggar Pintu Kereta Ni Sebab..

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Selalu kita dengar pasal kemalangan yang melibatkan motosikal. Memang tak dinafikan, malang tidak berbau, tapi selagi kita boleh elak tu, kita elak lah kan.

Kali ni admin nak share pasal satu kejadian yang melibatkan kereta yang buka pintu sesuka hati dan seorang penunggang motosikal yang tergolek akibat perbuatan ini. Cuba korang tengok video dekat bawah ni.

Main buka je

Kalau tanya admin, admin nampak yang kereta tu salah. Iyelah, berhenti tengah-tengah jalan macam tu dengan signal apa pun tak bagi. Memang bahaya betul. Yang bawak moto tu pun mesti ingat dekat depan ada halangan, sebab tu dia menyelit. Tapi tak sangka pulak pintu tu tiba-tiba terbuka kan.

Yang ni lah admin cakap tadi. Tak salah nak berhenti, tapi cuba bagi signal pastu himpit ke bahu jalan sikit. Baru lah orang lain tahu dan boleh elak.

Admin pun geram gak. Tapi kalau tengok betul-betul, macam tangan budak je tu. Tak boleh nak salahkan budak tu jugak 100%. Mak bapak dia mana? Masih tunggu dalam kereta ke?

Betul, mak bapak kena main peranan. Kalau nampak mak bapak dia bergegas keluar tu rasanya okay lah jugak. Ni dibiarkan budak tu terpinga-pinga macam tu.

 

Baca: “Sekelip mata semuanya berubah” – Ibu Sempat Campak Anak Ke Tempat Duduk Belakang Sebelum Kereta Berlanggar Dengan Lori!

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.