fbpx
in

Maghribi Sekat Kemasukan Pelancong Dari China Mulai 3 Januari Susulan Peningkatan Kes Covid-19

3China

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Luar Maghribi akan mengenakan sekatan kemasukan pelancong dari China berkuatkuasa 3 Januari ini. Langkah itu diambil susulan peningkatan kes Covid-19 dan kelonggaran mengembara yang dibuat oleh China.

Screenshot 2023 01 01 At 2.51.07 Pm
Gambar hiasan

Memetik laporan Astro Awani, pihak berkuasa Maghribi memutuskan untuk melarang dan menyekat akses ke wilayah Maghribi kepada semua pengembara yang datang dari China tanpa mengira kewarganegaraan mereka.


Langkah itu dibuat bagi membendung penularan dan peningkatan kes Covid-19 di negara Maghribi.

Manakala di Kanada pula, langkah berjaga-jaga turut diambil kerana pihak kerajaan negara itu mengumumkan bahawa penumpang yang datang dari China, Hong Kong dan Macau perlu menyerahkan keputusan ujian saringan COVID-19 yang negatif sebelum menaiki penerbangan untuk ke Kanada.

Screenshot 2023 01 01 At 2.54.29 Pm
Gambar hiasan
Untuk pengetahuan semua, negara-negara seperti Sepanyol, Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Itali juga dilaporkan bakal menguatkuasakan keperluan perjalanan baharu untuk pelancong dan pengembara yang datang dari China
Penguatkuasaan keperluan perjalanan baharu itu termasuk keputusan ujian negatif COVID-19.
Harap kat Malaysia pun akan buat langkah yang sama, sebab takut jugak kalau kes COVID-19 naik balik dan kita terpaksa PKP lagi macam dulu. 
Screenshot 2023 01 01 At 2.51.59 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top