in

“Macam toyol” – Pecah Lebih 7 Rumah Satu Malam Kat Area Petaling Jaya, Lelaki Ni Dalam Buruan!

Pecah Masuk 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejadian pecah masuk rumah atau merompak ni boleh dikatakan macam perkara common lah yang terjadi kat Malaysia sebab hampir setiap hari ia berlaku. Tambah-tambah pulak kalau pencuri tu dah aim rumah seseorang yang dah terlalu lama kosong. Bahaya! 


Tapi perompak yang satu ni memang another level betullah kerana dia dikatakan telah memecah masuk lebih daripada 7 buah rumah dalam satu malam dekat area Seksyen 14/37C, Petaling Jaya.

Ini apa yang dikongsikan pengguna Twitter.

 

Pecah masuk rumah pukul 3 pagi, hilangkan diri bila nampak CCTV

Menurut mangsa, melalui rakaman CCTV, suspek dilihat memanjat masuk rumahnya sekitar jam 3 pagi sebelum membuat ‘kerja-kerja’ nya di rumah jiran lain pula dengan modus operandi yang sama.

Chill je min tengok dia panjat masuk pagar rumah orang. Berani sungguh ye! 

 

“Area PJ seksyen dan SS memang banyak kes macam ni” 

Menurut salah seorang netizen, kejadian pecah rumah di kawasan Petaling Jaya dan SS ni sememangnya biasa berlaku kerana kawasan neighbourhood yang ‘tersangat’ sunyi.

Bukan malam saja sunyi ya, pagi pun sunyi kerana kejiranan tu banyak yang keluar bekerja atau budak-budak pergi sekolah. Jadi mudahlah si pencuri nak buat kerja.

Kes
sumber: twitter

Buat masa ni, tak ada sebarang berita sama ada perompak ni dah kena tangkap ataupun tidak. Apa-apapun bagi korang yang stay kawasan berdekatan, jaga diri dan rumah tu baik-baik. Lebih elok kalau pasang alarm system supaya perompak ni serik sikit dari nak buat ‘kerja’ kotor dorang ni.

Stay safe semua ye! 

Baca: “Dia macam kena pasung” – Perompak Sesat Dalam Rumah Sebab Keluarga Ini Amalkan Ayat Dari Surah Yassin

Ayat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.