in

“Macam nampak ‘sesuatu’ je” – Muat Naik Gambar ‘Perut Buncit’, Netizen Dakwa Elizabeth Tan Sedang Hamil?

Pregnant Lizzy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut saja nama pelakon cantik manis Elizabeth Tan, pasti ramai lelaki di luar sana masih terasa kecewa gara-gara pelakon ini dilaporkan baru saja mendirikan rumah tangga.


Pun begitu, apabila sudah berkahwin, pasti akan muncul berita atau khabar angin yang sering mengaitkan seseorang itu sama ada dia sudah hamil ataupun tidak.

Lizzy, sama macam artis lain juga tidak terlepas daripada berita sebegitu apabila netizen baru-baru ini mendakwa mereka ternampak seakan-akan ‘baby bump’ pada gambar yang baru dimuat naik pelakon tersebut bersama pelakon senior, Angeline Tan.

 

“I think I saw something…” 

Menerusi gambar tersebut, ramai di kalangan netizen meninggalkan komen tahniah kerana terlihat ‘baby bump’ pada perut Lizzy yang kelihatan sedikit buncit.

Walau bagaimanapun, Lizzy cepat-cepat menjelaskan perkara tersebut menerusi IG storynya yang mengatakan dia tidak hamil. Lahai netizen ni pun, Lizzy cuma buncit sikit je lah. 

Not Pregnant

Malah ada di kalangan netizen yang back up Lizzy mengatakan pasangan itu baru saja berkahwin, takkanlah dah nak menimang cahaya mata kan?

Baju tu besar kot, baru kahwin kejap macam mana boleh mengandung” 

“Bukan seperti anda sangka, dia makan banyak.”

Apa-apapun semoga Lizzy berbahagia dengan suami dan netizen lelaki tu janganlah sedih sangat. Harap korang dah move on. 

Baca: “Dah kahwin cakap dah Lizzy, jangan mainkan perasaan kami” – Elizabeth Tan Muat Naik Video Baru, Peminat Lelaki Pakat ‘Unfollow’

Lizzy

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.