“Macam mana jualan tak jadi mahal” – Harga Tapak Bazar Aidilfitri Di Senawang Didakwa Cecah Sehingga RM17,000?

Tambah ke Sumber Pilihan
“Macam mana jualan tak jadi mahal” – Harga Tapak Bazar Aidilfitri Di Senawang Didakwa Cecah Sehingga RM17,000?

Setiap tahun apabila tibanya musim bazar Ramadan, pasti timbul isu harga tapak sewaan dijual pada harga ‘cekik darah’ kepada para peniaga.

Baru-baru ini, ramai terkejut melihat satu hantaran tular yang mendedahkan tapak khemah yang disewakan kepada para peniaga yang mahu membuka gerai di Dataran Senawang mencecah sehingga RM17,000.


Difahamkan harga biasa yang ditawarkan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) adalah sekitar RM2,000 hingga RM3,500.

Artikel berkaitan: Minta Derma Di Bazar Ramadan, Pengemis Kaut RM 500 Sehari Siap Boleh Tidur Hotel!

Artikel berkaitan: “Mahal betul!” – Orang Ramai Terkejut Tengok Harga Bidaan Tapak Karnival Aidilfitri Cecah RM20K

Namun, harga baharu yang mencecah RM17,000 tersebut telah ditetapkan untuk tapak khemah yang diletakkan di bahagian hadapan.

Menurut sumber, peniaga yang berminat perlu membuat bayaran pendahuluan sebanyak 50 peratus daripada harga tersebut manakala baki 50 peratus lagi perlu diselesaikan pada Ramadan pertama.

Jika peniaga membatalkan atau tidak membuat bayaran penuh tempahan seperti tarikh ditetapkan, wang deposit mereka tidak dikembalikan.

Gh5Xe1Fbgaapesp

Datuk Bandar terkejut harga sewaan tapak khemah

Memetik Sinar Harian, Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali nyata terkejut dengan harga sewaan tapak khemah berkenaan yang disifatkan tidak munasabah.

Difahamkan, ada tiga penganjur yang dilantik di bazar Aidilfitri Dataran Senawang yang diberi mengikut zon.

“Yang saya difahamkan harga mengikut saiz khemah antara RM2,000 hingga RM3,500, tapi harga sampai RM17,000 ini memang tak sepatutnya,” katanya.

Justeru, beliau tidak menolak kemungkinan harga itu ditawarkan oleh pihak ketiga yang cuba mengaut keuntungan dengan cara mudah memandangkan tapak khemah di situ yang sentiasa mendapat permintaan ramai.

Harap pihak berkuasa pantau sikap segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan kepada para peniaga yang sedang mencari rezeki di bulan Ramadan.

Sumber: Sinar Harian

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nisak
Lagi tulisan Nisak
Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Macam mana jualan tak jadi mahal” – Harga Tapak Bazar Aidilfitri Di Senawang Didakwa Cecah Sehingga RM17,000?
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/macam-mana-jualan-tak-jadi-mahal-harga-tapak-bazar-aidilfitri-di-senawang-didakwa-cecah-sehingga-rm17000/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM