in

“Macam mana boleh terlepas” – Netizen Terkejut Nampak Buaya Hidup Luar IOI Puchong

1Boya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua maklum yang habitat buaya terletak di kawasan sungai dalam hutan. Mungkin itu setakat yang kita tahu berdasarkan dari ilmu sains yang diajar disekolah.


Lain pula cerita yang admin nak kongsi kali ni. Menerusi akaun Twitter @awiensyahirah, video berdurasi 17 saat yang dimuatnaik olehnya menunjukkan kelibat seekor buaya berdekatan IOI Puchong. Kalau korang tak percaya, cuba tengok video kat bawah ni.

 

Macam mana boleh terlepas

Pelbagai reaksi daripada netizen dan teori-teori yang boleh dan tak boleh pakai diutarakan. Apa-apa pun untuk menjamin keselamatan semua, admin rasa ada baiknya kita hubungi pihak berkenaan seperti bomba atau PERHILITAN untuk tindak selanjutnya.

Screen Shot 2020 01 05 At 9.27.08 AmKalau betul memang ada buaya kat situ, rasanya pihak berkuasa tempatan boleh ambil tindakan untuk memastikan kawasan setempat sentiasa selamat.

Screen Shot 2020 01 05 At 9.27.29 AmKalau nampak dari jauh, memang orang ingat biawak. Tapi dah tengok dekat-dekat baru tahu buaya. Sapa tahu lombong tu boleh lah pesan dekat kawan-kawan. Berhati-hati sentiasa kalau ada dekat area tu.

Screen Shot 2020 01 05 At 9.27.56 AmUish, kalau naik air banjir, mahu berkeliaran buaya tu kan. Harap semua alert sikit. Kalau nampak buaya dekat area Puchong tu, terus call bomba.

 

Baca: “Jangan pergi dekat sungai atau tasik lepas makan daging buaya” – Orang Borneo Kongsi Kepercayaan Mistik Makan Daging Buaya

Screen Shot 2020 01 05 At 9.40.18 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.