in

“Macam mana berkumur saja boleh sembuh?” – Viral Video ‘Claim’ Listerine Boleh Sembuhkan Wabak COVID 19, Ini Penjelasannya…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun sehingga kini masih tiada penawar kepada wabak COVID 19, masih ramai di luar sana membuat kajian dalam mencari ubat terbaik dalam mengubati penyakit ini.


Buat masa sekarang, kita hanya berharap kepada vaksin dan langkah-langkah pencegahan lain demi mengelakkan diri daripada dijangkiti virus tersebut.

Macam manapun, baru-baru ini viral pula sebuah video daripada instastory seorang pengasas produk kosmetik yang mengatakan cecair kumur seperti Listerine mampu membunuh virus COVID 19. Eh ye ke ni?? 

Menurut pengasas tersebut, sebuah kajian telah dibuat terhadap pesakit COVID 19 yang mengatakan ubat kumur seperti Betadine atau Listerine mampu menghapus virus COVID 19 dengan pesakit hanya perlu berkumur ubat tersebut.

Video ini kemudian menjadi viral dan memunculkan persoalan di kalangan netizen sama ada benar atau tidak apa yang dikatakan pengasas tersebut.

 

“Berapa kali kena berkumur baru boleh bebas dari virus ni?” 

Walau bagaimanapun, isu ini kemudian mendapat perhatian pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang seterusnya menjelaskan bahawa cecair kumur seperti Listerine tidak terbukti boleh membunuh virus COVID 19.

Meskipun ubat kumur ini bagus daripada sudut pergigian kerana ia membasmi bakteria tetapi perkara ini hanyalah langkah PENCEGAHAN sahaja dan bukannya rawatan untuk COVID 19.

Persoalannya sekarang, virus COVID-19 ada dalam tubuh badan orang yang dijangkiti. Macam mana dengan berkumur sahaja boleh hapuskan virus ni. Berapa kali kena berkumur baru boleh bebas dari virus ni,” tulis posting Facebook KKM.

Betul ke berkumur dengan ubat kumur boleh bunuh COVID-19?Benda ni hangat beberapa hari ni. Macam ini. Saya terangkan…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Wednesday, January 13, 2021

 

Dalam pada itu, pihak Listerine sendiri juga telah menjelaskan bahawa produk mereka juga bukan bertujuan untuk kurangkan risiko, mencegah atau merawat COVID 19 seperti yang dinyatakan beberapa pihak sebelum ini.

Apa-apapun netizen diminta janganlah menyebarkan berita yang tidak benar berkenaan COVID 19 yang bakal membuatkan orang lain keliru atau terikut-ikut dengannya. Kadang-kadang cara penyampaian yang salah juga membuatkan info yang ingin disampaikan tu tidak kena.

Sentiasa periksa dengan KKM dan pihak pakar sebelum share apa-apa info mengenai COVID 19 dulu ya. 

Baca: “Balik rumah rasa penat dan mengantuk” – Sasha Saidin Kongsi Pengalaman Terima Suntikan Kedua Vaksin COVID 19 di UAE

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.