“Macam Magis!” – Orang Ramai Kagum Lihat Fenomena Unik Burung Perling Terbang Serentak di Langit Sassari, Itali

Tambah ke Sumber Pilihan
burung perling

Seorang doktor berusia 41 tahun, Roberto Biddau dari Sassari, Sardinia berjaya merakamkan fenomena unik, juga dikenali sebagai ‘murmuration‘ menghiasi langit Itali.

Difahamkan, fenomena tersebut berlaku pada masa yang hampir sama setiap tahun di Itali.


Dipercayai, video tular tersebut dirakam pada November tahun lalu.

‘Murmuration‘ bermaksud pergerakan ribuan burung-burung yang unik, kadangkala mempunyai corak tertentu umpama pusaran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by So (@__s____o)

Artikel berkaitan: Perang Dengan Burung: 4 Jenayah Pelik Yang Pernah Berlaku

Artikel berkaitan: Guna Bantuan Burung Kakak Tua, Tak Sampai Berapa Saat Gigi Dah Tercabut

Fenomena yang unik ini terjadi apabila ribuan burung perling (starling) bergerak serentak, mencipta corak geometri yang memukau di angkasa.

Menurut Biddau, burung-burung tersebut akan berkumpul di bandar dan pulang ke sarang pada waktu malam.

Katanya lagi, burung perling tersebut sedang bermigrasi dan baru tiba di Sassari sempena musim luruh.

“Sehingga hari ini, pakar masih belum pasti mengapa burung perling berkumpul dan terbang begitu. Antara teori yang popular ialah ia dapat memastikan burung tersebut kekal hangat dan selamat daripada sebarang pemangsa.

“Bagaimanapun, bagaimana burung-burung tersebut mengkoordinasi pergerakan masih menjadi satu misteri,” jelas Guardian.

Hingga hari ini, fenomena tersebut bukan sahaja menjadi tarikan pelancong dan orang awam, ia juga kekal sebagai salah satu misteri alam yang mengundang kekaguman dalam kalangan saintis.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nur Fatin
Lagi tulisan Nur
Seorang penulis skema. Suka main Pokemon Go dan Genshin Impact pada masa senggang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Macam Magis!” – Orang Ramai Kagum Lihat Fenomena Unik Burung Perling Terbang Serentak di Langit Sassari, Itali
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/macam-magis-orang-ramai-kagum-lihat-fenomena-unik-burung-perling-terbang-serentak-di-langit-sassari-itali/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM