in

Macam Kapal Berhantu! 10 Orang Positif Coronavirus, Lebih 3,700 Orang Dikuarantin Dalam Kapal Cruise di Jepun

Coronaship

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam dalam filem Hollywood pulak!


Sebuah kapal mewah bernama ‘Diamond Princess’ yang berlabuh di Yokohama, Jepun hari ini katanya telah berubah menjadi sepi seperti kapal berhantu selepas 10 daripada penumpangnya disahkan menghidap coronavirus.

Menurut Daily Mail, gara-gara kejadian itu, pihak berkuasa Jepun telah meminta 3,700 penumpang dan anak kapal dikuarantinkan di dalam kapal tersebut dalam tempoh masa yang tidak diketahui. Aduhai! 

24283964 7965825 Medics Today Went Deck To Deck Through The Diamond Princess To T A 14 1580833280790
sumber: daily mail

 

Punca wabak tersebar daripada warga emas berumur 80 tahun? 

Pada awalnya kapal mewah ni katanya memang sudah pun dikuarantin pada Sabtu lepas dekat Pelabuhan Naha, namun selepas seorang lelaki berusia 80 tahun telah didiagnosis menghidapi penyakit tersebut, pihak medik terpaksa menjalankan siasatan lebih mendalam. 

24323046 7967391 Image A 8 1580868184187
sumber: daily mail

Menurut laporan, pesakit warga emas tu tak pernah pun pergi ke pusat rawatan dekat dalam cruise tersebut ketika mereka sedang berlayar dan kini dia berada dalam keadaan stabil.

Mujurlah juga ahli keluarga terdekatnya bebas daripada jangkitan tersebut.

 

Makanan dalam kapal hampir habis, suasana kapal mewah jadi sunyi? 

Sehingga kini katanya hampir semua penumpang sudahpun membuat test coronavirus dan tinggal hanya 273 lagi yang masih belum buat saringan kesihatan.

Disebabkan mereka tinggal dalam kapal tu dalam jangka masa yang agak lama, bekalan makanan juga dikhuariti akan habis tak lama lagi. Pun begitu, jurucakap bagi cruise ni berkata mereka akan ke Yokohama untuk mendapat keperluan yang secukupnya.

24302156 7965825 Image A 26 1580833299983
sumber: daily mail

Dalam pada tu, beberapa gambar petugas kesihatan berbaju biru jugak dilihat sedang membersihkan kapal tu secara berperingkat terutamanya kat bahagian tempat tumpuan utama penumpang macam louge, barren deck dan koridor yang kini kosong.

Kalau diikutkan tandas awam pun tak boleh guna, tapi ada juga di kalangan penumpang katanya degil dengan arahan tu.

Beberapa tempat tumpuan penumpang seperti casino dan bahagian resepsi juga dilihat kosong tidak berpenghuni.

24300378 7965825 The Once Lively Reception Area On Board The Diamond Princess Sta A 17 1580833280795

24302152 7965825 Image A 23 1580833297899

24302164 7965825 Image A 22 1580833295236
sumber: daily mail

Penumpang hanya dibenarkan duduk di dalam bilik sendiri je dan tak boleh keluar ke mana-mana.

Menurut Kementerian Kesihatan Jepun, suhu badan dan keadaan semua penumpang kini dalam pantauan dalam tempoh masa 14 hari dan mereka yang sakit akan dibawa ke hospital.

Ngeri! Bayangkan keadaan korang kalau ter’stuck’ berhari-hari dalam kapal tu tak leh pi mana-mana? 

Baca: “Bukti betapa dahsyat kesan Coronavirus” – Makcik Kena Rompak Depan Kedai, Tapi Perompak Rampas Topeng Muka Bukan Dompet

Mask Kena Rompak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.