in

“Macam dalam Harry Potter” – [VIDEO] Penduduk Berkurung Lepas Bandar Di Australia ‘Diserang’ Burung Kakak Tua Putih

Feature 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai di antara kita tak akan menganggap sekawan burung sebagai ancaman. Namun, seram jugak lah kalau beribu burung datang hinggap di rumah. Itu lah yang dihadapi oleh penduduk di pinggir bandar berdekatan Sydney, Australia apabila ribuan burung kakak tua putih ‘menyerang’ kawasan perumahan mereka.


Menurut Daily Star, ribuan burung tersebut yang dikenal pasti sebagai spesies burung kakak tua iaitu corellas merupakan burung yang berasal dari kawasan New South Wales Shoalhaven, Australia.

Burung 1

Difahamkan, penduduk kawasan pinggir bandar Sydney itu terkejut sebab bangun-bangun je, mereka nampak ribuan burung putih terbang dan hinggap di bumbung dan halaman rumah. Kejadian ini telah memaksa penduduk untuk berkurung dalam rumah.

Video kejadian aneh itu telah dimuat naik oleh @justsheff33 di TikTok. Dia dipercayai merupakan penduduk di kawasan itu.

@justsheff33

#wildlife #birds #australia #sunset #dream #attackontitan #cockatoo #sydney

♬ Oh No – Kreepa

Burung-burung tersebut juga turut hinggap di tiang elektrik. Difahamkan, burung ini boleh merosakkan tanaman manusia. Namun, mereka yang tinggal di situ tak boleh nak ambil apa-apa tindakan sebab burung ini merupakan spesies yang dilindungi di negara itu.

Rata-rata netizen di TikTok mengatakan kejadian ini macam sama dengan salah satu babak dalam filem Harry Potter di mana puluhan burung hantu telah menyerang rumah bapa saudara Harry untuk menghantar surat tawaran ke Hogwarts.

Photo6082428532094512248

Walau bagaimanapun, Professor David Phalen iaitu pakar konservasi dan kesihatan hidupan liar di Universiti Sydney berkata, burung-burung ini akan mencari tempat yang sesuai untuk mencari makanan sebelum terbang ke tempat lain.

Ketika bukan musim mengawan, spesies ini juga selalunya akan terbang dalam kawanan besar.

Burung-burung ini bersifat nomad. Mereka hanya mencari makanan dan apabila mereka jumpa sesuatu yang mereka suka, mereka akan berhenti di situ,” katanya kepada NCA News Wire.

Spesies ini kemudiannya akan makan kesemua makanan tersebut dan setelah selesai, mereka akan terbang ke destinasi seterusnya. Jadi, menurutnya, kejadian tersebut sebenarnya memang normal. 

Burung 2

Setelah mengamati video terbabit, pakar itu juga berpendapat mungkin ada sejenis ulat di kawasan tersebut yang menarik perhatian haiwan tu sebab nampak macam burung-burung ini sedang makan sesuatu di halaman rumah penduduk.

Harapnya tak ada lah burung yang tersesat masuk dalam rumah penduduk. 

Sumber: Daily Star, TikTok 

Baca: [Video] Bijak! Aksi Burung Kakak Tua ‘Petik’ Buah Kelapa Curi Perhatian Netizen, Siap Minum Lagi Tu!

Burung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.