in

[Video] Bijak! Aksi Burung Kakak Tua ‘Petik’ Buah Kelapa Curi Perhatian Netizen, Siap Minum Lagi Tu!

Ft Burung Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut sahaja nama ‘burung kakak tua’, pasti ramai yang tahu kecerdikan burung ini dalam meniru pertuturan manusia.


Bukan itu sahaja, burung kakak tua yang kelihatan ‘unik’ gara-gara memiliki bulu yang cantik dan berwarna-warni ini juga sudah tentunya menarik perhatian ramai orang untuk membelanya sebagai haiwan peliharaan.

Namun, ‘keunikan’ haiwan ini bukan setakat hanya mampu meniru pertuturan manusia sahaja.  Seperti seekor burung kakak tua yang viral di laman sosial ini, ia dikatakan sangat ‘bijak’ gara-gara mampu untuk memetik buah kelapa!

 

Petik buah kelapa guna paruh 

Klip video yang tular di laman Instagram @kini.viral.my ini memperlihatkan rakaman aksi seekor burung kakak tua yang sedang ‘fokus’ memetik buah kelapa di atas sebatang pokok kelapa dengan menggunakan paruhnya yang tajam.

Kelapa 1

Apa yang lebih menghiburkan, burung kakak tua itu bukan sahaja berjaya memetik pokok kelapa itu, malah ia dilihat turut mengopek buah kelapa itu dengan mematuk permukaannya dengan menggunakan paruh miliknya manakala kuku kakinya pula dilihat ‘menahan’ buah kelapa itu daripada tergolek jatuh dari pokok.

Kelapa 2

 

Siap minum air kelapa pula tu

Ia kemudiannya turut dilihat selamba ‘meneguk’ buah kelapa itu untuk meminum airnya persis seorang manusia!

Gagah betul paruh burung kakak tua ni. 

Kelapa 3

 

Kopek buah macam ‘pro’

Video yang berdurasi selama beberapa saat ini berjaya membuat netizen kagum dengan kepintaran burung kakak tua ini mengopek buah kelapa lagak seperti seorang ‘pro’.

Malah ada juga yang membandingkan kepakaran mereka dalam mengopek buah kelapa dengan burung kakak tua ini.

 

“Pandai dia kopek. Aku pakai parang pon susah” – Netizen

Ig Komen Burung 1

Ig Komen Burung 2

Ig Komen Burung 3

Ig Komen Burung 4

Tapi, besar betul saiz dia. Selalu min tengok yang saiz comel-comel tu. 

Baca: “Pengunjung datang kena carut” – Pihak Zoo Terpaksa Asingkan 5 Burung Kakak Tua Sebab Terlalu Banyak Mencarut! Baca Burung

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.