in

“Mungkin meteor, mungkin UFO” – [VIDEO] Rakaman CCTV Letupan Misteri Di Pulau Pinang

Cats 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penduduk di Pulau Pinang baru-baru ini dikejutkan oleh suatu kejadian letupan misteri yang kuat dikatakan berlaku pada awal pagi, sekitar jam 5 dan diikuti dengan pancaran cahaya serta objek yang tidak dapat dikenalpasti jatuh dari langit.



217664577 10159939064244887 7023841328759042639 N 1

Penduduk di Kawasan Sungai Ara Pulau Pinang tersebut pada awalnya menjangkakan letupan berlaku di kawasan kuari yang terletak berdekatan rumah mereka.

Menurut seorang peminat astronomi, Lim Choon Kiat, ketika kejadian, sememangnya beliau sedang mengambil gambar langit malam, namun terlepas untuk merakamkan letupan berkenaan.

“Saya berada di dalam rumah, memeriksa alatan yang ada diluar, cahaya terang tersebut berlaku pada jam 4.59 pagi, diikuti dengan letupan kuat pada 5.02 pagi”

Walaubagaimanapun, beliau percaya letupan yang berlaku adalah disebabkan objek tersebut yang jatuh laju dari angkasa lepas memasuki bumi, bunyi yang dihasilkan sama sekali berlainan dengan kilat atau letupan di darat.

Screenshot 2021 07 23 130729 1

Kejadian yang sama bagaimanapun berjaya dirakam oleh salah seorang ahli Persatuan Astronomi Penang (ASP), Loh Chee Kean dan rakaman sebuah objek yang ‘terbang’ laju memasuki ruang udara Pulau Pinang tersebut telah dikongsikan di komen posting tersebut.

Difahamkan, persatuan tersebut sedang mengumpulkan bukti-bukti kejadian daripada orang awam dan hasil daripada bukti terkumpul tersebut, mereka menyifatkan kejadian yang berlaku adalah disebabkan oleh ‘Boride Meteor’, sebuah kejadian yang mana meteor memancarkan cahaya yang terang .

Letupan dan cahaya terang ini mula kedengaran di Tanjung Bungah, Jelutung dan Sungai Ara, Pulau Pinang. Dikhabarkan, kejadian yang sama turut kelihatan di Kulim, Kedah.

Baca : Roket Long March 5B : Didakwa Hilang Kawalan & Bakal Terhempas Ke Bumi Hujung Minggu Ini

Rocket 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.