in

“Tolong Malaysia, jangan label dia pengkhianat”

Sian Tony

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat lagi tak video Tony Fernandes sebelum PRU14 dulu yang cakap kejayaan Air Asia sekarang berpunca daripada dasar dahulukan rakyat bekas PM Datuk Seri Najib Razak? Nampaknya apa yang korang lihat sebelum ni bukan realiti sebenar apa yang berlaku sekarang.


Menurut posting yang dimuat naik DUN Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman di Instagram, dia telah membongkarkan rahsia sebenar mengenai CEO Air Asia Tony Fernandes yang ramai tak tau. Sebak pulak admin baca pasal Tony ni. 

Syedsaddiq Yusof
sumber: malay mail

Hero yang tak didendang

Tulis Syed Saddiq:

“Saya ingin berkongsi sesuatu yang telah saya simpan sendiri buat sekian lama. Saya tak boleh nak kongsi sebelum ni sebab ada kekangan politik ketakutan. Aktivis, ahli politik dan ahli perniagaan yang tak setuju dengan idealogi kerajaan memerintah akan diugut dan ditekan. 

“Tapi saya mesti kongsikan ia sekarang kerana saya tak tahan melihat seorang hero dituduh macam-macam,” tulisnya.

Dia orang pertama bantu Tan Sri Muhyiddin 

Katanya kisah yang dikongsikannya ini ramai yang tak tahu. Tapi disebabkan sekarang merupakan era baru, kebebasan bersuara tu adalah suatu perkara yang perlu kita utamakan.

“Ia berkenaan Tan Sri Tony Fernandes. Dialah orang pertama yang membantu Tan Sri Muhyiddin Yassin bila Tan Sri dihukum kerana bercakap benar. 

“Dia sekali lagi menjadi hero apabila Air Asia tawarkan diskaun tiket penerbangan dan penerbangan tambahan semasa PRU. Ini telah membuat beberapa orang di pihak DS Najib marah.

“Dan hal ini bertambah buruk bila team DS Shafie (WARISAN) muat naik poster ucapan terima kasih kerana lebih ramai pengundi WARISAN dapat pulang ke kampung,” katanya.

Tony1
sumber: instagram

Terpaksa cakap sokong BN 

Tambah Syed Saddiq, Tony telah ditekan hingga dia terpaksa membuat kenyataan rasmi kononnya dia menyokong kerajaan BN pada masa itu. Mereka paksa dia ambil video dan tukar pakaian stafnya kepada warna biru. Gambar pula diambil dalam konteks yang salah!

“Tolong Malaysia, jangan label dia sebagai pengkhianat. 

“Kisah ini adalah daripada pengetahuan saya sendiri. TS Tony banyak membantu kami dari awal tapi dia tak boleh memberitahu kepada awam kerana takut ditindas. Dengan ini, saya serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menilai,” katanya.

Fmt Airasia Najib2
sumber: fmt

Permulaan era baru untuk mengkritik kerajaan 

Kata Syed Saddiq, kini ialah era baru dalam bersuara kepada kerajaan. Korang takkan dipersalahkan kalau secara terang-terangan menyokong pembangkang.

“Ini yang saya dapat janjikan kepada anda semua. Ini adalah permulaan kepada era baru yang akan pastikan hak anda untuk mengkritik kerajaan terjamin. Anda boleh secara terangan menyokong parti pembangkang tanpa perlu didakwa. 

“Kita mahukan pihak pembangkang yang kuat. Jadi ahli perniagaan semua, support lah parti apa-apapun. Kita sekarang tinggal di Malaysia yang baharu,” katanya di akhir posting.

Kenyataan daripada Syed Saddiq ni rata-rata mendapat pujian daripada netizen yang bersimpati dengan nasib Tony Fernandes yang berada dalam situasi sukar. Diharapkan lebih lagi pihak yang berani bersuara jika hak mereka ditindas.

You’re truly a hero Mr Tony! Semoga Air Asia terus sukses! 

Baca: ‘Kejayaan kami kerana Najib’ – Tony Fernandes

Tony 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.