“Luaran dipandang hina, dlm penuh sempurna” – Mamak Suap OKU Makan Buat Netizen Tersentuh

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Tak ramai antara kita yang sanggup membantu golongan kurang upaya disaat mereka memerlukan. Malah kelibat mereka hanya dipandang jijik dan hina oleh segelintir manusia.

Namun apa yang dilakukan individu ini buatkan ramai netizen tersentuh melihatkan keperibadian yang ditunjukkan kepada insan OKU.

 

Respect! Mamak suap makanan kepada OKU 

Perkongsian @najib_fiqri di twitternya menarik perhatian ramai apabila dia memuatnaik status beserta gambar seorang ‘mamak’ sedang menyuap makanan kepada seorang OKU yang menikmati hidangan di kedai tersebut.

Posting yang dimuatnaik semalam berjaya mendapat lebih 15k retweets dan 10k likes. Bagaimanapun lokasi kejadian tidak dinyatakan.

Namun tindakan mulia mamak tersebut cukup menyentuh hati kepada mereka yang melihatnya..mulia budi pekerti mamak ni.

Sumber : Twitter

Rata-rata netizen respect dengan mamak tersebut. Iyelah sebelum ni ramai yang pandang rendah juga dekat mamak, kalau nak order makanan kat kedai makan bukan panggil elok-elok tapi buat bunyi mulut je..Alah yang bunyi macam tikus tu.

 

Bagi aku diorang ni bagus. Kadang-kadang disebabkan diorang masjid and surau jadi penuh.

Sumber : Twitter

Semoga lebih ramai lagi umat manusia yang ada budi pekerti mulia macam ni.

Baca : Nak muntahhh! Netizen Dedah Jari Tukang Uli Capati Kedai Mamak Berkudis, Pelanggan Terdedah Penyakit!

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.