in

“Sila sambong bayo!”- Ramai Terhibur Tengok Kawan ‘Buat Hal’ Bagi Hadiah Peralatan Rumah Di Majlis Kahwin

Fi Kenduri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila masuk musim cuti sekolah atau cuti perayaan yang panjang, mula lah berderet jemputan kahwin kena pergi kan? Kena ikut mak pergi jemputan anak jiran lah, sedara kahwin lah, dan lagi meriah kalau kawan yang kahwin!

Macam-macam kena ready kalau kawan nak kahwin ni. Baju nak kena sedondon…itupun kalau majlisnya waktu bersanding je. Kalau dah dijemput daripada malam berinai bagai, lagi lah meriah!


Satu lagi benda penting yang kena ada bila menghadiri majlis kahwin kawan ni ialah duit ‘salam kaut’ dan hadiah. Selalunya bila salah seorang kawan dalam geng akan berkahwin, yang lain mesti dah siap-siap plan nak bagi hadiah apa nanti. Macam satu video perkongsian di laman TikTok ini, hadiah daripada kawan-kawan pengantin ni ‘meriah’ betul sampai boleh buat ramai jealous!

@mfxhmi

Selamat penganti baru. #kahwin #rxzjatuh #myvi #buathalapahariini

♬ original sound – ?KroNoLoC? – ?KroNoLoC?

Perkongsian daripada saudara M Fahmi ini telah berjaya membuat ramai terhibur dengan perangai para sahabatnya yang meriah bawa hadiah masing-masing ke majlis perkahwinannya.

“Sila sambong bayooo!” 

Jika dilihat segala hadiah yang diberi oleh kawan-kawannya itu, semuanya merupakan barang dan alatan kelengkapan rumah yang terdiri daripada barang-barang seperti penapis air, tong gas, dapur gas, periuk memasak dan macam-macam lagi!

Gelagat mereka yang ‘buat hal’ di majlis kahwinnya itu berjaya buat ramai terhibur dengan hadiah-hadiah yang diberi. Walaupun nampak macam lawak dan menghiburkan, tetapi sebenarnya hadiah-hadiah yang diberi itu semuanya sangatlah function untuk kegunaan kedua-dua mempelai nanti.

Video berdurasi 27 saat itu telah berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak 3.5 juta dalam masa kurang sehari! Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan gelagat mereka tetapi ramai juga yang meluahkan rasa cemburu dengan si pengantin kerana bertuah dapat kawan baik macam mereka ni.

Komen Kenduri

Min pun jealous juga kalau macam ni. Untung pengantin banyak barang tak payah susah-susah nak beli dah…jimat duit!

Baca: “Loose powder mahal buk”- MUA Terkejut Makcik Ni Selamba Ambil Bedak Pengantin Sampai Nak Habis!

Baca Pengantin

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.