in

Luah Masalah Suami Cabul Anak Di Page Kisah Rumah Tangga, Ramai Netizen Usaha Bantu Wanita Ini Tapi…

Cabul Anak Krt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya tak ramai yang ambil peduli dengan kisah diluahkan pengadu dekat page seperti Kisah Rumah Tangga (KRT) kerana ia penuh dengan negativiti tentang alam perkahwinan.


Namun baru-baru ni, salah satu luahan seorang pengikut KRT telah menjadi bualan ramai dan menarik perhatian seorang pengguna Facebook bernama Akhi Fairuz Al-Jengkawi kerana anak si pengadu katanya telah dicabul oleh bapa tiri dan pengadu tidak mahu membuat laporan polis kerana ‘kesian’.

 

“Tahun lepas laki aku cabul anak aku yang berumur 7 tahun, tahun ni dia kantoi lagi ganggu anak sulung aku berumur 13 tahun” 

Menurut perkongsian di KRT yang telah dipadam Facebook, wanita ini meluahkan masalahnya apabila si suami pernah mencabul anak berusia 7 tahun pada tahun lepas dan kini mencabul anaknya yang berusia 13 tahun pula. 

Pun begitu, ibu mangsa tak ada kekuatan untuk melaporkan hal ini kepada pihak polis kerana terlalu sayangkan suaminya. Aduii admin pun tak paham macam mana ibu mangsa ni masih mampu bertahan dengan perangai suami yang macam ni… 

55641783 2211858062214930 6000748153567969280 N
sumber: facebook

 

“Suami dah cabul anak pun masih ada kesian lagi. Kalau kes cabul melibat suami dan anak, utamakan anak dulu” 

Posting di page tersebut telah mendapat pelbagai kritikan dan teguran daripada netizen termasuklah daripada Akhi Fairuz sendiri yang seterusnya memberi cadangan supaya wanita tersebut membuat laporan polis secepatnya.

56161318 2211858105548259 4480514040715542528 N

Krt 1
sumber: facebook

Ini juga first time admin lihat pihak KRT memberi respon bahawa mereka juga akan membuat laporan polis jikalau si pengadu masih berdegil tidak mahu melibatkan polis berkenaan kes ini.

55875056 2212020285532041 9029181610326491136 N
sumber: facebook

 

KRT jelaskan kisah sebenar, rupanya sudah buat laporan polis tapi… 

Selepas banyak persoalan timbul, pihak KRT akhirnya menyiasat dan mendapati rupanya si ibu pernah membuat report mengenai anaknya sebelum ni tapi dia menarik semula report tu kerana alasan ‘anak perlukan ayahnya’. Geleng kepala admin baca! 

55919112 2212511435482926 7022248602424573952 N
sumber: facebook

 

Kes menemui jalan buntu, aktivis sosial beri nasihat buat admin KRT dan orang ramai 

Tanpa usaha dan keinginan daripada pihak mangsa, kes tersebut tidak dapat diselesaikan kerana menemui jalan buntu. Sehingga kini identiti mangsa dan ibunya masih tidak dapat diketahui kerana kurang maklumat daripada pihak KRT dan mangsa sendiri.

Oleh sebab post di page Kisah Rumah Tangga yang ini dah tiada (dipadam dan diupdate yang baru, selang 2 jam, hilang…

Posted by Akhi Fairuz Al-Jengkawi on Sunday, March 31, 2019

https://www.facebook.com/akhifairuz/posts/2212950245439045?__xts__[0]=68.ARDMmo1shAd-DFyFBlniMsM8H7P1ti-19g3-7XPSYEfKAwkX8E5rHtkp8tkKYqWU3jo67GqUp5bVPVzmJrwIOURAEbTzFXBZK878QRt5ub9b1pqs3yvhbpnfG0RWoqN0IZoxT7ZWzjkFlg2X8UoMlekzVg1-yrWqjBz8ZJdT71NFxQkMZMxbCOmSH3ODmZpqhWb9trh-LrGy66pA&__tn__=-R

Kalau benar kes ini berlaku, admin doakan semoga ibu mangsa diberikan kekuatan untuk buat laporan polis demi menyelamatkan anaknya. Jangan jadi selfish dan fikirkan kebahagiaan sendiri ya sis? Kasihan anak tu trauma. 

Baca: “Basuh pinggan je pun bukan suruh basuh jubo b*bi!!”- Jawapan Angkuh Suami Ni Buat Netizen Naik Angin

Lel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.