in

“Long lost sister ke ni?” – Doktor Gigi Mirip Rosé BLACKPINK Ini Buat Netizen Tak Keruan

Cats 68

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi lumrah dunia, individu yang mempunyai wajah seiras dengan orang kenamaan atau selebriti terkenal pasti akan mendapat perhatian umur.


Turut tidak terkecuali, seorang doktor gigi mula mendapat perhatian netizen selepas videonya di TikTok tular kerana dikatakan wajahnya mirip Rosé BLACKPINK.

@sarangdmd

just fangirling @roses_are_rosie ??? #ontheground

♬ original sound – ROSÉ

Sebelum ini, Dr. Sarang Choi ada memuat naik satu video dia menari dengan lagu terbaharu Rosé BLACKPINK, On The Ground.

Namun apa yang menarik perhatian netizen bukanlah tarian dan kecantikannya, tapi rupa doktor ini yang mirip dengan ahli BLACKPINK, Rosé. Sama ke?

Oleh kerana wajah Dr. Sarang terlalu mirip dengan Rosé, ruangan komen video tersebut dibanjiri dengan BLINKS, gelaran untuk peminat kumpulan BLACKPINK. Rata-rata netizen berpendapat wajahnya kelihatan lebih ‘Rosé’ daripada Rosé sendiri. Macam tu  pula?

K1

K2

Selepas video ini tular, Dr. Sarang sekali lagi memuat naik satu video dengan lagu yang sama, namun di lokasi yang berbeza iaitu di sebuah klinik.

@sarangdmd

I haven’t seen a dentist version yet…so here we go? #dentist #ontheground

♬ On The Ground – 로제 (ROSÉ)

Menariknya, video baharu ini lebih tinggi jumlah tontonannya. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut sudah pun mengumpul 4.5 juta jumlah tontonan.

Rata-rata netizen berharap agar Rosé sedar akan kewujudan doktor gigi yang seakan-akan kembar ahli kumpulan BLACKPINK itu.

 

BACA: Wajah Jisoo Blackpink Dipilih Paling Cantik & Sempurna Oleh Pakar Bedah Plastik

Cats 67

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.