in

“Level konsert CT harganya” – Tiket Konsert Aina Abdul Dikritik Mahal, Tapi Hampir ‘Sold Out’?

Tiket Konsert Aina Abdul Dikritik Mahal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akhirnya, penyanyi yang bersuara lunak, Aina Abdul bakal mengadakan konsert ‘A Night With Aina Abdul 2.0’ yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 25 dan 26 Jun depan.



Tiket konsert berkenaan dengarnya sudah pun mulai dijual dan konsert ini diadakan berikutan sambutan hangat terhadap konsert terdahulunya yang diadakan di Menara Ken TTDI, Petaling Jaya tahun lepas.

 

“Konsert Aina Abdul wayyy so mahal rather than kpop concert” 

Walau bagaimanapun, terdapat cakap-cakap kurang enak di kalangan netizen sejak dari semalam berkenaan konsert tersebut apabila ada di kalangan peminat mula merungut akan harga tiket yang dikatakan agak mahal.

Jika diteliti di laman web Ticket2U, range harga tiket konsert itu berdasarkan seat adalah di antara RM113.36 hinggalah ke RM1,246.96. Fuh boleh tahan! 

Tiket 1

Rata-rata peminat di Twitter meluahkan bahawa mereka tidak mampu membeli tiket dengan harga yang sangat mahal dan ada juga siap bandingkan harga tiket tersebut dengan konsert Siti Nurhaliza, artis Kpop, Justin Bieber dan sebagainya.

Konsert Tiket Aina Mahal

 

Tiket online rupa-rupanya hampir ‘sold out’? 

Pun begitu, menerusi hasil tinjauan admin sendiri di portal Ticket2U, ketika artikel ini ditulis, tiket bagi Sumpah Gold Seat yang bernilai RM1,246.96 bertarikh 25 Jun rupanya sudah sold out! Seat bagi tiket ini adalah yang paling mahal berbanding tiket bagi seat lain tau.

Sold Out 1

Malah Reminiscing Blue Zone yang bernilai RM113.36 bagi kedua-dua tarikh konsert diadakan juga telah sold out sama sekali.

Jika ditinjau kedudukan seat secara keseluruhan, tidak banyak juga yang available dan hanya tinggal beberapa seat saja lagi.

Perkara ini juga telah mendapat perhatian netizen yang menyokong Aina Abdul dengan mengatakan harga tiket yang mahal bukanlah isu besar, tambahan pula Aina katanya tidak mendapat sebarang sponsor besar terhadap konsert tersebut.

Jika Aina menampilkan barisan musician yang hebat dan skill nyanyian yang memukau di konsert berkenaan, maka harga tiket itu sangat berbaloi bagi peminat yang menghargainya.

Sold Out

Apa-apapun admin nak ucapkan congrats buat Aina kerana bakal mengadakan konsert dan tiket pun hampir sold out dah. Bagi korang yang nak beli tiket yang berbaki tu boleh je ke laman Ticket2U di sini

Baca: “Saya kagum!” – Aina Abdul Buka Mulut Lepas Asyik Dikaitkan Dengan Fesyen DSV Dalam MV Ku Ikhlaskan

Aina Vida

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Ticket2u
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.