in

Lepas Bercerai, Akaun Bank Bekas Suami Mungkin Boleh Kena Sekat!

Mujahid Yusof Rawa Maqasid Al Syariah Event 250515 Tmi Nazirsufari Full

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya udang-undang akan menjadi lebih ketat selepas ini, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan mengenakan sekatan bank terhadap bekas suami.


Tapi bukan disekat sewenang-wenangnya, sekatan akaun bank kepada bekas suami akan dilakukan jika…

 

Gagal membayar nafkah!

Menerusi Berita Harian, cadangan mengenakan sekatan bank terhadap bekas suami yang culas memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak selepas perceraian.itu dilakukan bagi memperincikan pelaksanaan penguatkuasaan keadilan syariah.

Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, ia akan memberi tumpuan kepada wanita yang diceraikan dan tidak mendapat pembelaan memmandangkan mereka tak ada tempat untuk mengadu dari segi penguatkasaan

“Kita melihat keperluan penguatkuasaan kepada wanita yang tidak diberikan keadilan dari sudut nafkah yang sudah diputuskan mahkamah syariah.”

“Perkara itu sudah dibincang di peringkat Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), dibincang peringkat kami, dan saya harap penguatkuasaan itu perlu dipertingkatkan contohnya mengenakan sekatan bank, jadi kita perlukan penguatkuasaan ke atas suami yang liat untuk membayar nafkah kepada bekas isteri mereka,”

 

Untuk bela nasib wanita sebab terlalu ramai lelaki yang gagal membayar nafkah

Ditanya jumlah dan peratusan lelaki yang gagal membayar nafkah seperti diperintahkan mahkamah, katanya beliau tidak mempunyai statistik itu, namun tidak menafikan jumlahnya ramai.

“Ramai yang terbabit dalam hal ini berdasarkan aduan yang diterima daripada bekas isteri yang tidak dibela kerana kegagalan dan kecuaian suami untuk membayar nafkah yang sudah diputuskan mahkamah.

Tambah beliau, penguatkuasaan yang lebih tegas perlu ada agar golongan ini tahu bahawa keputusan mahkamah perli dihormati.

 

Baca : Ingat Senang Ke Jadi Ibu Tunggal Nak Tuntut Nafkah Anak Kat Mahkamah?

Cerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.