in

Lempar Sup Panas Ke Muka ‘Manager’ Restoran, Bengang Makanan Panas Sangat Sampai Cair Penutup Bekas ‘Tapau’

Hot Sup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudahlah kena maki dan carut di telefon, lepas tu, kena simbah pulak kat muka dengan sup panas.


Begitulah detik cemas yang dilalui seorang pengurus restoran di Amerika Syarikat selepas seorang pelanggan mengamuk gara makanan yang dipesannya didakwa terlalu panas sehingga mencairkan bekas penutup makanannya.

Sol De Jalisco Temple Texas E1636768694839

Memetik laporan portal Today, mangsa, Jannelle Broland, bertugas sebagai pengurus di Sol de Jalisco pada tengah hari 7 November lalu dimana dia telah menerima satu panggilan daripada seorang pelanggan wanita yang memesan makanan bungkus daripada restoran itu.

Difahamkan, pelanggan terbabit menelefon restoran berkenaan untuk merungut mengenai sup yang diterimanya yang didakwa terlalu panas sehingga mencairkan penutup bekas ‘tapau’ yang diterimanya.

Polis menjelaskan, menerusi satu video yang tular di TikTok selepas dimuat naik Broland sendiri, pelanggan terbabit turut memaki-hamun Broland dan mengeluarkan kata-kata kesat sebelum Broland menawarkannya ganti untuk makanan baru dan makanan percuma di premis terbabit.

Soup Fi E1636768888634
Gambar hiasan

“Apa yang dia (pelanggan) itu nak hanyalah menjerit dan mencarut pada saya. Dia panggil saya dan staf restoran kami pelbagai nama yang buruk. Bila saya minta dia bertenang, dia terus maki saya lagi sambil berkata dia boleh bercakap dengan saya bagaimana yang dia nak. Saya beritahu dia, dia tak boleh berkata begitu pada saya dan tamatkan panggilan,” kata Broland.

Jelas Broland lagi, pelanggan terbabit ada menelefon restoran berkenaan sekali lagi lepas itu sebelum dia sendiri datang ke restoran berkenaan bersama sup yang dibungkusnya untuk memfailkan aduan sama.

Poster E1636768731217

“Dia (pelanggan) bergaduh dengan saya selama beberapa minit sebelum saya mengugut mahu menelefon polis jika dia tidak bertenang atau meninggalkan premis kami. Ketika saya meminta dia untuk tidak mencarut, dia melemparkan sup terbabit tepat ke muka saya.”

Pun begitu, Broland sedikit bernasib baik kerana ketika pergaduhan terbabit berlaku, sup berkenaan mungkin sudah tidak panas seperti mana ia mula-mula disediakan. Namun begitu, beberapa rempah yang digunakan di dalam makanan terbabit mengakibatkan Broland mengalami beberapa alahan.

Soup On Face 618Ca46Fce749 E1636768759847

Kata Broland, ketika sup terbabit mengenai wajahnya, dia menyifatkan pengalaman itu seperti terkena penyembur lada di mata. Hidungnya juga difahamkan berdarah susulan kejadian terbabit.

Dalam pada itu, pelanggan terbabit kini sedang didakwa atas serangan terbabit. Dia juga telah diharamkan daripada berkunjung ke restoran sama. Bagaimanapun, identitinya masih tidak didedahkan kepada umum.

Sumber: Today

Baca: “Tuh jangan senang-senang memecat orang!” – Marah Dipecat Manager Perempuan, Lelaki Tikam Mangsa Dengan Pisau Di Leher

Tikam Leher 1 E1636766289230

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.