in

Lelaki Pura-Pura Jaga Kucing Jalanan, Sebenarnya Bunuh dan Jual Sebagai “Daging Arnab”

A4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita pasti akan berterima kasih kepada mereka yang membuat kebaikan dengan mengutip kucing jalanan dan membela mereka. Bagi pencinta kucing terutamanya, tidak semua mampu membuat kebaikan sebegitu walau sebanyak mana pun sayang kita pada haiwan itu.


Begitulah yang berlaku di Chengdu, China di mana semua penduduk sangat menghormati dan salute seorang lelaki yang terkenal dengan sikap baiknya terhadap kucing. Lelaki tersebut sering mengutip kucing-kucing jalanan untuk dibela di rumahnya. Semua sangat berterima kasih dengan perbuatan lelaki tersebut sehinggalah pada suatu hari, satu kebenaran terbongkar.

Lelaki yang bernama Huang Pingfu itu, baru-baru ini telah ditangkap kerana kesalahan mendera haiwan. Huang yang dikenali dengan nama samaran ‘pencinta kucing’ itu sebenarnya menyembelih dan membunuh kucing-kucing jalanan yang dikutip sebelum dijual sebagai ‘daging arnab’.

 

C4

C12

Ddd

Menurut sumber, kadang kala penduduk sendiri yang mengutip kucing dan menyerahkannya kepada Huang. Malah, beliau turut mengiklankan dirinya di aplikasi WeChat sebagai seorang yang membuat kebajikan secara aktif dengan mengutip serta menjaga kucing-kucing. Wow, padahal kau buat benda jahat!

Penduduk setempat yang tidak tahu tentang kejahatan di sebalik kebaikan dilakukan Huang menggelar lelaki ini sebagai ‘sahabat kucing’.

 

C6

C9

Huang turut memberitahu seorang anggota polis yang sedang dalam penyamaran bahawa anggaran kucing yang dibunuh adalah 100 ekor SATU HARI. Gila betul mamat ni…

Bagi setiap 100 ekor kucing, Huang akan memperoleh hasil jualan sebanyak 3,000 Yuan (RM1,944) satu malam. Demi bayaran yang lumayan, patutlah sanggup buat kerja jahat ni…

C7

C8

Penjualan daging kucing adalah dilarang sama sekali di Chengdu, jadi Huang akan menjualnya di pasar atau restoran di luar bandar. Menurutnya, daging arnab dan daging kucing sukar untuk dibezakan selepas dikisar, disebabkan itu beliau berani menggunakan pemasaran tipu yang menyatakannya sebagai daging arnab.

C10

Dd

Selain itu, Huang juga akan mengasingkan kucing dengan baka yang mahal dan menyimpannya sebelum dimuatkan di dalam keretanya dan dibawa ke rumah penyembelihan di kawasan luar bandar pada waktu malam.

Demi memenuhi permintaan yang tinggi dari restoran dan untuk mengurangkan kos membeli daging yang lebih sukar diperoleh (sebab kucing ada di mana-mana), Huang bukan sahaja mengutip kucing jalanan tetapi turut mengupah orang untuk mencuri haiwan peliharaan sesiapa.

 

D

C11

Selepas kehidupan sebenar Huang didedahkan oleh organisasi hak asasi tempatan, pihak berkuasa mula campur tangan dan mengarahkannya untuk menutup rumah penyembelihan haram itu.

Mereka turut membebaskan kucing yang masih hidup yang disimpan di dalam tempat ‘neraka’ itu. Semenjak itu, gambar-gambar mengerikan dari rumah penyembelihan tersebut tersebar luas di internet, menakurkan penduduk di China.

C2

C5

C3

Huang kini berada di dalam tahanan pihak polis tempatan, namun nasib yang bakal menimpanya tidak dapat dipastikan. Malangnya, di China, mereka tidak mempunyai undang-undang yang menentang penderaan terhadap haiwan.

Namun begitu, tidak mungkin dia akan dibebaskan sebegitu sahaja. Mungkin ada hukuman seperti penjara atau denda (sekurang-kurangnya) akan dijatuhkan kepada Huang. Penduduk setempat kini tidak sabar menunggu apakah hukuman yang akan dijatuhkan kepadanya di mahkamah.

Ala, Kesian Dia... :(
Ala, kesian dia… mesti dia trauma tengok kawan-kawan kena sembelih 🙁

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.