in

Lelaki Pukul Ibu Bapa Di Tempat Awam Kerana Hadiahkan Rumah “Terlalu Kecil”

Befunky Collage1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu bapa adalah insan yang paling menyayangi kita sejak lahir lagi. Segala kasih sayang dicurahkan, pengorbanan mereka juga tidak ternilai. Mereka sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak.


Sebagai anak pula, balaslah jasa mereka. Paling tidak pun, berterima kasih dan bersyukurlah dengan setiap pemberian daripada mereka. Jangan jadi anak yang tidak tahu erti syukur, seperti lelaki dari China ini.

Sebuah video menjadi viral di laman sosial di China menunjukkan seorang lelaki memukul pasangan warga emas di khalayak ramai. Paling memeranjatkan, pasangan itu adalah ibu bapanya. Anak jenis apa pukul mak bapak, di tempat awam pula tu!

Snl What Saturday Night Live Oh No Louis Ck

Kejadian itu berlaku di hadapan sebuah pejabat hartanah di Harbin. Pasangan warga emas itu dikatakan telah membeli sebuah apartmen untuk lelaki tersebut sebagai hadiah perkahwinannya, lapor Shanghaiist.

Bukannya bersyukur, malah lelaki itu memukul ibu bapanya hanya kerana menurutnya rumah yang dibelikan itu ‘terlalu kecil’ dan tidak sebesar saiz yang beliau harapkan. What?!

P6

Di zaman ekonomi turun naik ini, apabila mendapat sebuah rumah dikira cukup bertuah apatah lagi dihadiahkan oleh mereka yang tersayang. Ini tidak, sudahlah tidak berterima kasih, dipukul pula ibu bapa sendiri.

Berang dan tidak berpuas hati dengan hadiah yang diterima, lelaki itu terus menarik baju ibunya di bahagian leher dan menamparnya berkali-kali. Bapanya yang menghalang turut dipukul lebih daripada satu kali. Samseng habis lah tu?

Pejalan kaki di kawasan sekitar mula masuk campur sebaik sahaja mendapat tahu mangsa adalah ibu bapa kepada anak tak sedar diuntung itu.

Pihak polis dihubungi dan tiba selepas beberapa ketika.

P2

P3

Orang awam yang menyaksikan kejadian malang itu memarahi dan tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki tersebut.

“Sepatutnya anda yang dipukul sehingga mati. Mereka telah membesarkan anda sehingga anda dewasa.”

Ada pula yang berkata ingin memukul lelaki itu kerana tidak melayan ibu bapanya dengan baik.

“Kami rasakan seperti mahu berikan dia ‘pengajaran’ tentang bagaimana cara untuk taat kepada ibu bapa.”

Namun, pihak polis tiba sebelum mereka sempat berbuat demikian. Lelaki tersebut kemudian dibawa ke stesen polis untuk soal siasat.

P4

Siapa pun isteri dia, confirm terkejut (ke menyesal?) tengok perangai sebenar suami. Baru kahwin dah ‘tunjuk belang’.

Tonton video ini:

https://www.youtube.com/watch?v=7nMkua_TxkE&feature=youtu.be

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.