in

Lelaki Masih Guna Taktik Sama Untuk Minta Duit, Buat Alasan Nak Bayar Hotel & Ada Anak Bini

page lelaki 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun kita sudah pun masuk ke pertengahan tahun 2022, tak dapat dinafikan pelbagai teknologi canggih telah digunapakai oleh Malaysia demi memastikan keselamatan rakyat lebih terjamin.

Tapi, korang jangan pula terlampau selesa sehingga mengabaikan keselamatan diri sendiri kerana bahaya itu ada dimana-mana. Macam satu perkongsian di TikTok menerusi akaun @nr.fthhsna ini, memang buat min seriau!


https://www.tiktok.com/@nr.fthhsna/video/7102754669130288411?_r=1&u_code=dl89cikjgg64h0&region=MY&mid=7065895273855798063&preview_pb=0&language=en&_d=e14cmjl73j9b8l&share_item_id=7102754669130288411&source=h5_t&timestamp=1653824958&user_id=7020698229357134875&sec_user_id=MS4wLjABAAAArjEzXj6q-JtbhXP0Y-GmFOU28akZNc8dpP9YfjPupsXiZaNm0KwwI9ITeB-1u76N&utm_source=copy&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&share_iid=7091623105412908827&share_link_id=39247236-5051-435e-bc79-6af0aca2b55f&share_app_id=1180&ugbiz_name=Main

Difahamkan sekumpulan wanita ini diganggu oleh seorang lelaki yang dipercayai cuba untuk mendapatkan duit dari mereka selepas mengatakan bahawa dirinya memerlukan sejumlah wang untuk bayar bil hotel.

“Siap pakej ada anak bini, sama je cara tu”

Lebih mengejutkan lelaki ini dikatakan hanya fokus kepada kaum wanita untuk meminta duit malah sehingga mengetuk tingkap kereta untuk memastikan ‘mangsanya’ tetap menghulurkan wang kepadanya.

Bukan itu saja, menurut pemilik akaun TikTok ini juga, lelaki ini ternyata orang yang sama dia pernah berjumpa dan dikatakan lelaki itu turut melakukan taktik yang sama untuk dapatkan duit darinya.

komen ful

Ekoran itu juga, ramai pengguna TikTok turut mendedahkan bahawa mereka pernah mengalami situasi yang sama kerana lokasi yang dinyatakan oleh pemilik akaun iaitu di sekitar Kuala Terengganu juga sama dengan netizen yang lain.

“Aku kene 2kali doo. Dia kabo dok cukup duit nak bayar hotel bajet astu siap oyak “kalau dok caya buleh call isteri saya, dan tanya dia sendiri”” – Dedah seorang netizen

Sebabkan itu juga, orang ramai menasihatkan agar kaum wanita yang lain untuk lebih berjaga-jaga sekiranya berada di sekitar kawasan tersebut dan juga jangan sewenang-wenangnya membuka pintu kereta untuk orang yang tak dikenali.

Tapi min respect betul dengan dia ni. Masih lagi tenang walaupun kena kacau macamtu…

Baca: “3 kali masuk hospital sebab kena pukul” – Wanita Jadi Mangsa ‘Biawak Hidup’ Dari Sweden

Untitled design 2022 05 30T110314.502

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.