in

Lelaki Ketawa Sambil Bakar Bekas Teman Wanita dan Ugut Untuk Bunuh Ahli Keluarga

Page 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada yang lebih teruk daripada mengenali seorang (bekas) teman lelaki yang psycho! Seperti nasib gadis berusia 17 tahun ini yang dianiaya oleh bekas teman lelakinya.


Seorang gadis di Taiwan mengalami kecederaan yang serius selepas bekas teman lelakinya mengurung dan membakar rumahnya ketika beliau masih di dalam. 

Seorang lelaki dipercayai saudara kepada gadis itu memuat naik status dan gambar screenshot di Facebook memberitahu orang ramai nasib malang yang menimpa gadis tersebut.

Sial betul! Siapa kenal lelaki ini? Dia telah mengunci pintu bilik ketika gadis ini di dalam serta menuang petrol dan memulakan api kebakaran.” katanya.

Fire

Di dalam post asal yang saudara gadis itu screenshot, status tersebut berbunyi,

“Malang menimpa gadis ini disebabkan kau. Gadis yang kau bakar adalah adik kawan aku dan kau pula mentertawakannya. Apa masalah kau?” katanya lagi.

Mangsa dikatakan membuat keputusan untuk memutuskan hubungan selepas teman lelakinya, Xu Yaowen bertindak ganas mengugut untuk kelar gadis itu dengan pisau dan membunuhnya jika beliau memberitahu keluarganya tentang hal tersebut.

Bagaimanapun, mangsa risau jika lelaki itu turut mendera haiwan peliharaan di rumah itu, jadi beliau membuat keputusan untuk menyelamatkannya. Ketika itulah kejadian malang ini menimpa gadis tersebut.

Sebelum kejadian, gadis itu dikatakan menghubungi datuk bekas teman lelakinya itu dan beliau memberitahu bahawa cucunya tiada di rumah. Mangsa tanpa berfikir panjang telah mengambil peluang itu untuk ke rumah bersama ibu saudaranya menyelamatkan haiwan peliharaan tersebut.

Namun, datuk itu sebenarnya telah menipu dan bersubahat dengan cucunya untuk membalas dendam kepada mangsa. Cucu dengan datuk sama je psycho!

Setibanya di rumah itu, mangsa telah dikurung di dalam rumah selepas lelaki tersebut bertindak mengunci pintu rumah sebaik sahaja gadis itu memasuki rumah berkenaan. Beliau kemudian menuang petrol dan memulakan api kebakaran, sambil mentertawakan gadis itu.

Fire2

Terkejut dengan apa yang berlaku, ibu saudara gadis itu cuba untuk meminta bantuan tetapi dihalang oleh datuk lelaki tersebut yang merampas telefon bimbitnya.

Nasib menyebelahi gadis itu selepas jiran Xu membuat panggilan kecemasan meminta bantuan selepas melihat kebakaran berlaku berdekatan rumahnya.

Namun, mangsa melecur tahap ketiga yang menyebabkan struktur mukanya berubah akibat daripada kebakaran itu. Mukanya tidak akan sama seperti dulu lagi! Kesiannya.

Fire1

Lelaki itu kemudian dijatuhkan hukuman penjara, namun bagaimanapun beliau dikatakan masih berniat jahat dan mengugut untuk membunuh keluarga itu sebaik sahaja keluar dari penjara. Psycho betul mamat ni!

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.