in

Lelaki Ini Guna Google Form Ajak Gadis Idaman ‘On Date’, Unik Dan Comel!

Cats 9 E1637469313845

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk mengajak wanita idaman keluar bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Seseorang lelaki itu perlu memikirkan apa yang perlu diborakkan dahulu, agar tidak membuatkan gadis tersebut bosan lalu meninggalkan bluetick di WhatsApp.


Namun, tidak untuk sebuah kisah yang dikongsikan di Twitter ini. Seorang pengguna Twitter, Bella (@momothedinoo) ada memuat naik beberapa gambar perbualan bersama seorang lelaki yang dikenalinya menerusi aplikasi temu janji.

Uniknya, lelaki tersebut mengajak Bella untuk keluar bersama dengan menggunakan Google Form. Kreatif betul!

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, lelaki tersebut pada mulanya bertanyakan kepada Bella jika dia mempunyai masa lapang. Lalu, lelaki ini berkongsikan satu pautan yang akan membawanya ke laman Google Form.

1 9

Dalam soalan yang disediakan dalam Google Form, lelaki tersebut meletakkan meme lalu bertanya jika dia sudi untuk keluar bersama.

Lelaki itu juga meletakkan soalan dengan pilihan jawapan lokasi untuk mereka berdua meluangkan masa bersama. Antara pilihan jawapan yang disediakan adalah kafe, pusat beli-belah, zoo dan menonton wayang bersama.

2 3

Siapa sangka, taktik manis dengan menggunakan Google Form ini berjaya mencuri hati Bella. Bella akhirnya bersetuju untuk keluar pergi ke Zoo, namun mereka terpaksa menukar lokasi ke Aquaria KLCC kerana hujan.

3 4

Buat lelaki di luar sana, mungkin ada boleh cuba cara ini!

 

BACAObses Dengan Lee Minho, Pengacara TV Mahu Bersuamikan Orang Korea & Tolak Bercinta Dengan Lelaki Melayu

Capture 7

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.