Kita semua tahu, sakit wanita yang baru bersalin bukannya hilang serta merta. Mereka perlu menjaga jahitan-jahitan yang telah dikenakan pada bahagian tertentu dengan penuh teliti. Hanya mereka yang pernah merasainya sahaja faham bagaimana sakitnya luka tersebut. Kerana itulah, peranan suami ketika ini sangat besar. Mereka perlu menjaga isteri serta bayi dengan sebaik mungkin.
Tetapi sadis bagi wanita ini, di mana dia dibiarkan berjalan sendiri sambil perlu mengendong bayi yang baru sahaja dilahirkan. Menurut perkongsian di Facebook oleh Al Irfan Jani, ketika itu dia sedang mengiringi isterinya keluar dari wad bersalin bersama bayi barunya sambil ditemani oleh ibu bapa Irfan. Ketika dia sedang menunggu salah satu dari empat pintu lif, di belakangnya terdapat seorang suami bersama isterinya.
Terkesima dengan apa yang dilihatnya, yang mana wanita itu sedang mengendong bayi yang baru dilahirkan sementara suami wanita itu hanya bertangan kosong.
“Perlahan-lahan si ibu ni menyusun langkah. Sesekali berhenti sebentar mencuri nafas”
Dia berasa sangat janggal dengan situasi itu, kerana ketika itu dia sedang menyorong kerusi roda isterinya dengan anaknya yang berada di pangkuan isterinya itu. Ketika sedang menunggu lif, terdapat seorang lelaki yang bertaraf pakcik tiba-tiba menegur tiga beranak tersebut.
“Eh.. Kenapa awak berjalan kaki ni? Kan ada kerusi roda? Jauh ni..” kata pakcik itu.
Ibunya yang baru sahaja perasan akan kewujudan keluarga berkenaan terus menoleh dan berkata,
“Haah, awak (si suami) boleh turun ke tingkat bawah, tinggalkan IC atau lesen dan ambilkan kerusi roda di kaunter untuk isteri. Isteri tinggal kejap duduk di sini,” kata ibunya.
Wanita itu hanya tersenyum kelat. Jelas sekali pada raut wajahnya yang masih tidak bermaya dek kerana letih melahirkan masih tersisa. Hmmm kesiannyaa.. Manakala lelaki berkenaan menjawab,
“Tak apa, kuat lagi ni…”
Tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan, ibunya tetap memaksa lelaki itu untuk mengambil kerusi roda untuk isterinya.
“Ehh janganlah cakap macam tu. Yang kuat tu awak. Kesian isteri ni, penat persalin tadi,” kata ibunya.
“Tak apa, ok lagi ni. Dekat je depan tu,” jawab lelaki itu lagi.
Berang dengan jawapan yang diberikan, seolah-olah tiada langsung rasa simpati pada isterinya, pakcik itu meninggikan suara dan berkata,
“Ehh jauh! Jauh tau nak ke pintu bawah sana. Memang dekat bagi awak, jauh bagi isteri tu!”
“Ok je ni, takpe,” jawabnya sambil disambut senyuman kelat daripada isterinya.
Perasan situasi di situ agak tegang, ayahnya terus mencelah,
“Dah, dah, takpe. Dah orang taknak. Biar lah..”
Dalam perkongsian itu, Irfan turut mengatakan bahawa dia memang ‘faham’ mengapa lelaki berkenaan tidak mahu mengambil kerusi roda tersebut.
“Kerana, aku yang lelaki pun tercungap-cungap wei nak ambil kerusi roda tu. Aku ni lelaki tau, pun boleh tercungap-cungap nak pergi ambil kerusi roda ni dari tingkat bawah naik ke atas. Ambil kerusi roda tau, benda beroda tu. Aku tak kena pikul pun kat bahu. Pun boleh tercungap-cungap?”
Memang jadi tanggungjawab suami untuk jaga isteri, lagi-lagi baru lepas bersalin.. Harap tak ada lagi lah spesis lelaki macam ni..
Baca: Wanita OKU Ditinggalkan Suami Selepas RM5,000 Wang Simpanannya Dikebas