in

Lelaki Di China Alami Masalah Paru-Paru Lepas ‘Karok’ Lagu ‘High Note’ Masa Hari Jadi Kawan

F1 Karok Paru2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aktiviti karaoke sering menjadi pilihan anak-anak muda ketika lepak dan keluar dengan kawan-kawan. Bila lagi nak tunjuk bakat terpendam dan terendam kita boleh menyanyi lagu dengan sumbang pada rakan-rakan kan. Masa ni la nak nyanyi lagu feveret sepuasnya.


Namun, aktiviti bersuka ria dengan rakan-rakan ketika sesi karaoke ini pula bertukar tragedi apabila seorang lelaki di China mengalami masalah pernafasan sehari selepas menyambut hari jadi rakannya di pusat karaoke itu.

Karok Paru2 2

Memetik laporan Oddity Central, individu yang dikenali sebagai Wang Zhe itu dikatakan menghadapi kecederaan dalam di paru-parunya kerana dia cuba menyanyi lagu bernada tinggi ketika ‘karok’ dengan rakan-rakannya.

Difahamkan, ketika hari kejadian, dia yang berusia 25 tahun telah menyanyikan lagu yang terkenal dengan pitching yang tinggi dan ketika tengah nyanyi bahagian high note itu, dia tiba-tiba rasa macam ada sakit yang mencucuk di dadanya.

Walau bagaimanapun, pada ketika itu, sakitnya itu biasa-biasa sahaja dan dia hanya mula rasa sesak nafas pada keesokan harinya. Setelah Wang Zhe dikejarkan ke hospital dan buat X-ray, baru lah dia tahu yang dia menghadapi pneumothorax di mana terdapat gelembung udara di kawasan antara paru-paru dan rangka dadanya.

Karok Paru2 3

Menurut doktor, ia terjadi sebab kantung udara di paru-paru lelaki itu pecah akibat tekanan yang kuat ketika lelaki itu memaksa dirinya untuk capai high note lagu tersebut.

Nasib baik umur Wang Zhe masih panjang kerana dia telah selamat menjalani prosedur perubatan yang dikenali sebagai bullectomy.

Jadi, korang yang suka pergi karok tu kena hati-hati lah sebab kalau tak tahu cara dan teknik yang betul untuk menyanyi lagu bernada tinggi, lebih baik korang nyanyi biasa-biasa je. 

Sumber: Oddity Central, UDN.com

Baca: “Kau pakai original sound ke ni”- [VIDEO] Netizen Impressed Dengar Suara Pemuda Sebijik Vokalis ST12 

Karok Paru2 1

Sumber: UDN.com
Sumber: UDN.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.