in

Lelaki Derita Tahan Kesakitan Kerana Cincin Logam Tersekat di Kemaluan Selama Tiga Hari

Page 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki terpaksa bergegas ke Sultanah Aminah Hospital (HSA) untuk mendapatkan bantuan perubatan apabila beliau tidak lagi dapat menahan kesakitan kerana terdapat cincin logam tersekat di kemaluannya.


Menurut lelaki berusia 41 tahun itu, cincin logam berkenaan tersekat di kemaluannya sejak tiga hari yang lalu.

Difahamkan, lelaki berkenaan datang untuk meminta bantuan selepas cuba mengeluarkan cincin itu sendiri namun gagal. Menurutnya, beliau menyarung cincin itu ke kemaluannya tiga hari lalu, namun tidak menyatakan sebab mengapa beliau berbuat demikian.

Akibat daripada tindakannya itu, cincin berkenaan tersekat serta menyebabkan kemaluannya itu membengkak dan terpaksa menahan kesakitan.

Lelaki
sumber: new straits times

Beliau kemudian membuat keputusan untuk ke hospital bagi mendapatkan bantuan. Pihak hospital selepas itu menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor dan memaklumkan kes kecemasan berkenaan, lapor Utusan Online.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor Mohamad Riduan Akhyar  berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada hospital yang meminta mereka bersiap sedia jika pertolongan diperlukan.

“Kami telah mempersiapkan satu pasukan untuk ke hospital dan mereka hanya akan membantu sekiranya percubaan dari pihak hospital tidak berjaya.” kata Riduan.

Namun pihak hospital bagaimanapun berjaya mengeluarkan cincin berkenaan selepas pembedahan kecil dilakukan. Pembedahan tersebut dikatakan mengambil masa kira-kira dua jam dan pasukan penyelamat kemudian diarahkan untuk pulang selepas selesai.

Kes cincin tersangkut di kemaluan bukanlah sesuatu yang luar biasa. Semakin hari, kes sebegini semakin meningkat. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kuala Lumpur statistik menunjukkan, 80% atau 32 daripada 40 kes yang dilaporkan dalam tempoh tiga tahun membabitkan khidmat bantuan pemotongan cincin pada kemaluan lelaki.

Cincin
sumber: kosmo

Cincin digunakan bagi tujuan seks itu ternyata membawa padah kepada si pemakai, namun masih ramai tiada kesedaran tentang hal tersebut. Fikir lah baik-baik ye sebelum buat sesuatu…

Pengajaran untuk semua!

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.