in

Lelaki Cetus Kemarahan Netizen, Seksa dan Langgar Biawak Berkali-kali Tanpa Belas Kasihan

Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Cetus Kemarahan Netizen, Seksa dan Langgar Biawak Berkali-kali Tanpa Belas Kasihan
Loading
/

Dari dulu sampai sekarang memang tak faham dengan manusia yang rasa seronok mendera  dan menyeksa haiwan. Apa yang dorang dapat ntah.. Kepuasan ke?


Baru-baru ini video seekor biawak dilanggar beberapa kali dengan motorsikal viral di media sosial.

Lenyek1

Di dalam video itu, seorang lelaki dilihat melanggar biawak itu berulang kali tanpa belas kasihan dengan motorsikal. Paling menyakitkan hati, lelaki itu nampak seperti seronok melakukan perbuatan kejam tersebut! Apa masalah kau ahhh?!

Lenyek2

Zoom2

Video berdurasi 1 minit 32 saat itu dirakamkan oleh rakannya yang turut enjoy dan mentertawakan biawak itu yang sedang terseksa.

Boleh dilihat betapa sakit dan terseksanya biawak tersebut sehinggakan ia tak mampu untuk bergerak dan melarikan diri daripada lelaki itu. Kesiannya 🙁

Zoom1
terbaring lemah. Keadaan biawak itu selepas beberapa kali dilanggar.

Biawak itu diperlakukan sebegitu disebabkan alasan yang tidak boleh diterima. Difahamkan mereka bertindak ‘menghukum’ biawak tersebut dengan cara sebegitu hanya kerana ia mencuri stok ikan mereka!

“Amik kau, makan ikan lagi!” kata lelaki yang merakamkan video itu

Meskipun biawak tersebut sudah dilihat cukup terseksa sehingga tidak bergerak kerana kesakitan yang melampau, lelaki itu tetap terus melanggarnya beberapa kali. Bukan setakat itu sahaja, selepas melanggar, beliau mengambil kayu pula dan sambung memukul biawak tersebut. Kau kejam sangat kenapa!

“Lelaki itu memukul menggunakan kayu dipercayai daripada sebatang cangkul,” lapor Malaysian Digest

Lenyek3
Sumber: malaysian digest

Video tersebut mendapat sehingga 21ribu tontonan dalam masa 19 jam sahaja. Netizen rata-rata memarahi dan memaki tindakan dua lelaki itu. Ada yang berkata tindakan itu sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Pan Angry Gif Mei Liveblogs Dbz

“Biawak itu juga makhluk ciptaan Allah. Ia juga perlu makan macam anda. Tidak perlu untuk awak menyeksanya walaupun ia curi ikan awak. Saya harap awak akan dapat balasan nanti,” komen seorang netizen

“Awak yang merakamkan video ini boleh pula gelak. Jahat sungguh!”, komen seorang lagi netizen

Walau apapun alasannya, bertindak kejam terhadap haiwan sememangnya tidak wajar dan bukanlah satu jalan penyelesaian.

Tonton video di bawah:

Amaran: Video ini mengandungi unsur kekejaman dan mungkin boleh membuat anda terkejut dan sedih. 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.