Bagi mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, sudah pasti genggaman ‘sijil’ setelah berhempas pulas sewaktu zaman belajar itu bakal menjadi ‘piala kemenangan’ yang akan disimpan, malah diframekan untuk tatapan.
Tapi bagaimana pula perasaan si pemilik sekiranya sijil graduasi lambang kejayaan itu hancur pula gara-gara ‘makhluk’ lain?
Sijil degree hancur ‘dimakan’
Menerusi sebuah posting yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang lelaki dikatakan ‘berang’ gara-gara sijil ijazahnya hancur ‘dimakan’ kucing kesayangannya!
Aduhai, dalam banyak-banyak benda, sijil degree jugak dibahamnya?
Lelaki itu berkongsikan sebuah foto di akaun Twitternya, yang memperlihatkan keadaan sijil ijazahnya yang telah hancur pada bahagian hujungnya gara-gara dimakan oleh kucing kesayangannya yang diberi nama Mika.
Mengenggam ijazah dari University of Nottingham sememangnya sangat berharga buat pemuda itu. Namun, apa kan dayanya apabila dia hanya mampu melihat sebahagian sijilnya itu kini rosak digigit si bulus.
Dalam banyak-banyak kertas tak berguna dalam bilik ni, dia makan sijil degree aku!!! Dia macam tahu-tahu je.
Buat muka tak bersalah, siap ‘ketawa’ lagi
Sementara itu, sama seperti kucing-kucing yang lain, si ‘pelaku’ sudah tentu enak bersantai tanpa rasa bersalah langsung setelah melakukan perbuatan tersebut.
Nama dia Mika dan dia bukan oyen.
Yang menggelikan hati, si bulus kesayangannya itu kelihatan ‘sedap’ terlentok sambil membuat mimik muka seolah-olah ‘mentertawakan’ nasib malang tuannya.
Keletah nakal kucingnya itu berjaya meraih perhatian netizen sehingga meraih lebih daripada 400,000 likes dan 70,000 retweets. Rata-rata netizen meluahkan rasa lucu dan berjenaka dengan mimik nakal kucing bernama Mika itu yang kelihatan seolah-olah ‘mengejek’ tuannya.
https://twitter.com/mamblonumber5/status/1340922673233162241
“Gelak beso nampak” – Netizen
Alahai, sabar je lah tuannya. Nak marah sayang, pandai buat muka comel pulak tu.
Baca: [Video] “Samsul kena marah” – Si Bulus Lari Lintang Pukang, Kena Bebel Gara-gara Rosakkan Modem WiFi