“Ni kerja gila namanya”- [VIDEO] Tiga Maut Lepas Berenang Dalam Kolam ‘Dry Ice’ Masa Sambut Birthday Instafamous

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pernah korang bayangkan berenang dalam kolam yang dipenuhi dengan dry ice? Pernah terfikir apa akibatnya kalau korang berendam dalam kolam dry ice ni?

Ini admin nak kongsikan kejadian yang berlaku di Moscow baru-baru ini.

 

3 maut terjun kolam dry ice kat birthday party instafamous…

Dilaporkan seramai 3 orang maut selepas ‘terjun’ ke dalam kolam yang mengandungi 25-30 kilogram dry ice dalam kejadian pada Jumaat lalu.

Kejadian berlaku pada majlis sambutan hari jadi ke-30 seorang instafamous yang mempunyai lebih satu juta pengikut di laman instagram iaitu Ekaterina Didenko.

Korang tengok video kat bawah ni…

Korang boleh tengok sendiri apa yang berlaku dalam video tersebut kan? Tapi ada cerita disebaliknya.

“Katanya suaminya kepada instafamous tersebut ada buat suprise kepada tetamu dengan bawa keluar kiub ‘dry ice’ yang sangat besar dan selepas tetamu memakai pakaian ‘keselamatan’ dia menuangkan ‘dry ice’ itu ke dalam kolam di dalam bilik itu untuk menghasilkan kesan visual untuk tetamu mengambil gambar atau video

“Malah sebelum berlakunya insiden maut tersebut, salah seorang mangsa ada membuat lawak yang ‘dia dah mati’.”

Dikatakan mangsa telah melompat ke dalam kolam yang telah diisi dengan dry ice sebelum dua antara tetamu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala mangsa ketiga iaitu suami kepada Didenko, Valentin meninggal dunia di hospital.

Manakala empat lagi dilaporkan mengalami luka terbakar dan keracunan dan mendapat rawatan di hospital.

 

Baca : Ignorantnya Instafamous Dikecam Sebab Tak Kisah Dengan Hal Politik Negara

 

 

Sumber: Youtube
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.