in

“Lebih baik tengok local band, lagi berbaloi” – Netizen Ini Dihentam Lepas Kritik Siti Nurhaliza Bukan ‘Real Talent’

Masdo Ct

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peminat ataupun bukan peminat, korang mesti alert kan yang Dato’ Seri Siti Nurhaliza bakal mengadakan konsert #SitiNurhalizaOnTour tak lama lagi di Malaysia pada 16 Mac ini.


Rakyat Malaysia dan peminat Tokti khususnya memang dah tak sabar-sabar nak ke konsert ni dan dengar cerita tiket pun dah sold out tau! Dalam keterujaan nak tonton konsert Tokti ni, tiba-tiba muncul suara sumbang yang merosakkan suasana.

 

“Lebih baik pergi konsert local band macam Masdo atau Hujan, lagi berbaloi dapat tengok real talent” 

Admin harap korang yang membaca artikel bersabar dengan apa yang korang bakal baca kat bawah ni. Menerusi perkongsian di Twitter, seorang netizen dah screenshot komen peminat tegar band tempatan di Instagram Era FM yang mengkritik Tokti sebagai tidak mempunyai ‘real talent’. 

Wooo seriuslah bro! Agak-agaklah nak cakap penyanyi nombor satu negara macam tu…

Talent 1

D0Pvu1Ouwaajlhf
sumber: twitter

 

“Yes Siti Nurhaliza bukan real talent… Real talent tu macam vokalis Masdo yang berwajah periuk dan suara angsa tersedak” 

Well korang rasa apa agaknya komen netizen lepas tengok individu ni komen macam tu? Sudah semestinyalah dia kena kecam, hentam dan dikritik habis-habisan oleh geng bawang Malaysia. Tapi agak menyedihkan jugalah, band Masdo yang tak ada kena mengena dalam hal ni pun terkena tempiasnya.

Ambik Ko

Bodoh
sumber: twitter

Haih tulah admin cakap, sebelum nak bagi apa-apa komen atau pendapat… fikirlah dulu sedalam-dalamnya. Kan dah viral! 

 

Siapa kata Tokti tak pandai main alat muzik? 

Bagi mereka yang mengecam kononnya Tokti tak pandai bermain alat muzik, nampaknya korang ternyata salah. Tokti actually pernah main alat muzik di beberapa persembahannya dan paling menyerlah semasa konsert pertama yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.

Kons
sumber: twitter

 

Tak tahan dikecam, akhirnya delete komen

Setelah menerima kecaman bertubi-tubi, akhirnya individu terbabit dah delete komen tersebut. So case dah tutup lah ye gais. 

Delete
sumber: twitter

Harap tak adalah yang banding membandingkan lagi artis sesama artis lain. Setiap penyanyi ada kelebihan dan kekurangan mereka. Bagi yang kata Tokti tak ada ‘real talent’ tu, jom lah tengok konsertnya pada 16 Mac ni. Mungkin di situ korang akan jumpa talent Siti di mana. 

Baca: “Ayda Jebat lagi tinggi suara macam Whitney Houston” – Tercengang Baca Komen Wanita Ini Pasal Vokal Datuk Siti

Ayda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.