in

Lebih baik hormat majlis, bukan angkat kaki – KJ

Page Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kecoh bila anggota MP UMNO dan PAS mengambil langkah keluar dewan semasa Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-14 sebagai satu cara untuk menunjukkan bantahan terhadap pelantikan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Yusof selaku speaker dewan.


Walau bagaimanapun, dalam kekecohan itu, Ahli Parlimen Rembau dari Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin beserta beberapa lagi individu daripada blok pembangkang mengambil pendirian untuk kekal di dalam dewan dan mengikuti majlis angkat sumpah ketika Ahli Parlimen PAS, BN, MIC dan MCA melancarkan boikot.

G1
sumber: twitter

Menurut Berita Harian, Khairy berkata beliau enggan mengikut jejak langkah keluar memboikot persidangan tersebut kerana menghormati institusi Parlimen dan untuk memastikan imej BN sebagai pembangkang berwibawa tidak dipandang remeh.

“Ada cara lain untuk menyuarakan sebarang bantahan.”

G2 1
sumber: berita harian

Difahamkan Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis) dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Bebas-Masjid Tanah) juga mengekalkan pendirian sama dengan Khairy untuk tidak meninggalkan dewan tersebut.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu turut menjelaskan bahawa ada cara lain untuk menyuarakan bantahan termasuk sesi perbahasan usul titah Yang di-Pertuan Agong atau sebaik selesai majlis perasmian.

“Bagi saya lebih baik kita menghormati majlis dan tidak membuat sebarang tindakan yang boleh mencemarkan imej BN sebagai pembangkang berwibawa.”

G3
sumber: mstar

Sementara itu, apabila ditanya tentang pandangan beliau mengenai ahli parti lain yang bertindak memboikot sidang Dewan Rakyat, beliau menjawab,

“Saya hanya cakap bagi diri sendiri, bukan untuk pihak lain.”

“Saya hanya buat keputusan pada pandangan yang difikirkan betul, iaitu untuk menghormati majlis mengangkat sumpah.”

Tahniah kepada KJ dan lain-lain yang bersikap profesional dan tidak meninggalkan dewan.

Baca: MP Pembangkang Tak Matang? Boikot Keluar Dewan

Kj Last Man Standing 758X399 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.