in

“Lantaklah rumah aku” – Wanita Malu Mak Pengotor, Nak Bawa Suami Balik Pun Segan!

Collage 42

Selalu kita dengar mak complaint anak-anak suka sepahkan rumah dan malas nak kemas rumah, tapi jarang kita nak dengar sebaliknya kan? Tapi itu tak bermakna situasi macam ni tak wujud…

Baru-baru ni, menerusi grup Facebook Kisah Rumah Tangga, seorang wanita telah luahkan kekecewaannya mengenai sikap pengotor ibunya.

“Lantaklah rumah aku”

Wanita ini mengatakan dia rasa bersalah untuk ceritakan perihal keluarganya itu kerana tak mahu buka aib tapi dia tak tahu cara untuk mengatasi masalah ini.

Rumah mak ayah saya kotor dan busuk sangat sampaikan ada masanya saya geli nak pijak. Setiap kali saya balik rumah mak saya, saya akan bersihkan rumah tu, tapi setiap kali saya datang rumah akan kotor dan berbau.

Saya pernah tegur mak ayah saya tentang rumah tu, dia hanya jawab ‘lantak aku lah rumah aku’ kadang ada tetamu datang rumah dorang tengok rumah bersepah boleh pula mak saya salahkan adik-adik saya pemalas sedangkan dorang selalu kemah rumah.”

Dreamstime S 18088579 Inline

Tambah wanita ini lagi, sebelum dia berkahwin, dia sering bergaduh dengan ibunya perihal kebersihan rumah namun selepas berkahwin dia berasa tenang kerana duduk rumah sendiri.

Mak saya baru balik kerja dia main campak je pakaian dia, tak kisah di mana-mana. Saya segan dengan suami sebab perangai mak ayah saya sampai saya malas balik atau bermalam dekat sana walaupun suami jenis tak kisah.”

Katanya lagi, setiap kali adik beradiknya yang lain cuba untuk kemas rumah, mereka akan dimarahi oleh ibu bapa kerana alihkan barang.

Whatsapp Image 2021 02 21 At 8.59.37 Pm

Bayangkan kami kemas rumah kami jumpa pisang buruk atas meja, macam-macam buah buruk bawah meja, kuih expired bawah katil. Kalau ambil semua tu dan buang memang biasanya kena marah kena maki.”

“Pantang jumpa orang suka cerita aib keluarga”

Tak cukup dengan itu, wanita ini turut malu dengan sifat ibunya yang sering bercerita tentang aib keluarga sehinggakan dia tak nak bawa ibunya jumpa orang.

Mak saya jenis peramah tak kira siapa dia suka cerita hal aib keluarga ni. Kata makcik saya itulah inilah… Ayah saya itulah inilah… Dah penat tegur tapi sama jugak.”

“Berubat sis, berubat dari jauh pun boleh”

Ekoran buntu dengan perangai ibunya ini, wanita ini membuat keputusan untuk kongsikan dilemanya kepada warga maya dan rata-rata netizen turut kongsikan jalan penyelesaian untuk wanita ini.

Screenshot 2021 04 22 At 2.10.18 Pm Down

Korang pernah ke jumpa orang perangai macam ni?

 

Baca: “Aduhai, orang jenis apa duduk rumah ni” – Wanita Dedah Keadaan Rumah Kotor Selepas Penyewa Lari

Screenshot 2021 04 22 At 2.21.28 Pm

Sumber: Utusan