in

Sampah Bertaburan Di ‘Highway’ Menuju Ke Gua Musang, Lelaki Dakwa Sisa Orang Berbuka Puasa?

Highway 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu pembuangan sampah sering disebut-sebut sejak dahulu lagi. Walaupun benda ni common sense masih ada lagi segelintir individu yang mengabaikan kebersihan alam sekitar.


Tular di media sosial baru-baru ini, influencer automotif iaitu Hezeri Samsuri telah merakam keadaan tepi jalan di sebuah lebuh raya dan dapat diilihat, banyak sampah bertaburan di kawasan itu.

Geng pengotor buang sampah tepi jalan

Menerusi hantaran video oleh @caretamalaysia di TikTok, Hezeri telah menunjukkan keadaan salah satu kawasan di sebuah lebuh raya yang dipenuhi sampah sarap. Difahamkan, tempat itu adalah laluan lebuh raya di Merapoh, Pahang menuju ke Gua Musang, Kelantan.

Artikel berkaitan: Kawasan KLCC Penuh Sampah Semasa Tahun Baru Cina, Netizen Dakwa Ia ‘Kerja’ Warga Asing?

Artikel berkaitan: Hidup Dalam Flat Kotor Penuh Sampah & Najis, Dua Beranak Dibela JKM

Sampah sarap seperti botol plastik, bekas makanan dan sebagainya bukan dikumpulkan di satu kawasan tetapi ia bertaburan di dalam longkang dan atas rumput. Hezeri bagaimanapun meluahkan rasa kecewa dengan sesetengah pelaku yang tidak bertanggungjawab mencemarkan alam sekitar.

Terpaksa berhenti. Sepanjang perjalanan di Central Spine Road ke Gua Musang ni, ada beberapa hot spot geng pengotor melepak rupanya. Dah dah la tu, tukar kerajaan 2 juta kali pun, kalau perangai tetap sama macam ni, tak gun la. tak payah kutuk ahli politik kalau masih ada rakyat berperangai macam ni. – kapsyen video

@caretamalaysia

Terpaksa berhenti. Sepanjang perjalanan di Central Spine Road ke Gua Musang ni, ada beberapa “hot spot” geng pengotor melepak rupanya. Dah dah la tu, tukar kerajaan 2 juta kali pun, kalau perangai tetap sama macam ni, tak guna la. Tak payah kutuk ahli politik kalau masih ada rakyat berperangai hauk macam ni. #caretamalaysia #tiktokmalaysia #automotive #carvlog #cars #sampah #buangsampah

♬ original sound – CaretaMalaysia – CaretaMalaysia

Orang buka puasa kat situ?

Hezeri juga mendakwa sampah sarap yang bertaburan di situ mungkin berpunca daripada individu-individu yang berbuka puasa ketika berhadapan dengan jalan raya yang sesak di kawasan itu.

Kau tengoklah.. kalau korang berhenti nak berbuka pun. Janganlah buat perangai macam ni. Tolonglah jangan pengotor.

Meninjau di ruangan komen, segelintir netizen berpendapat jalan tersebut tidak mempunyai tol jadi logik bagi mereka untuk membuang sampah di situ.

Highway 4

Highway 1

Selain itu, ada yang berkata masalah ini seringkali terjadi terutamanya ketika musim raya.

Highway 2

Highway 3

Banyak betul sampah.. takut longkang tersumbat..

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.