in

Langgar Arahan Lagi! Kali Ini 2 Beradik Pakai ‘Gelang Pink’ Ditahan Beri Alasan Nak Kerumah Atuk

Gambar Hiasan 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar di kawasan Amanjaya, Kedah telah telah berkuatkuasa sejak 5 hari lalu, namun sehingga kini masih ada segelintir penduduk disitu masih berdegil dan ingkar dengan arahan itu.


Terbaharu, Bernama melaporkan polis telah menahan dua beradik lelaki yang masing-masing berumur 17 dan 19 dipercayai melanggar arahan PKPD di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata, mereka ditahan pada kira-kira 10.20 malam berhampiran kawasan Sekolah Kebangsaan Ambangan Heights oleh anggota polis yang sedang membuat pemantauan di Zon Kenanga.

51545580172 Handcuff

Lebih mengejutkan, pemeriksaan awal mendapati kedua-dua remaja lelaki itu memakai gelang berwarna merah jambu yang telah dikeluarkan Kementerian Kesihatan.

Mereka memberitahu hendak ke rumah datuk namun alasan tersebut tidak munasabah untuk membolehkan mereka berada di luar kawasan rumah.

Pun begitu, kedua-dua mereka yang telah diambil keterangan dan akan disiasat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

 

Khamis lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKPD secara bersasar di Amanjaya yang melibatkan tiga zon iaitu Zon Kenanga, Melur dan Mawar bermula Jumaat lepas sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

 

Baca: Degil tak bertempat – Individu Ditahan Dikompaun Sebab Langgar PKPP, Pergi Panjat Bukit Broga

2 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.